• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Naik Taraf 22 Balai Polis Di Kuala Lumpur

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat menaik taraf 22 balai di ibu kota menjadi balai polis moden dalam usaha menjadikan pasukan keselamatan itu sebagai organisasi bertaraf dunia.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, PDRM memerlukan kos sebanyak RM44 juta bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

“Kami berharap kerajaan dapat membantu merealisasikan hasrat ini dalam bajet akan datang,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat kepolisan moden di Balai Polis Pantai di sini, semalam.

Beliau berkata, PDRM telah melaksanakan projek rintis bermula awal tahun ini di balai polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dan balai polis Pantai dalam usaha melaksanakan transformasi berkenaan,” katanya.

Dua balai berkenaan mempunyai keanggotaan yang penuh dan kemudahan logistik yang lengkap serta menerima respons positif daripada orang awam yang menerima perkhidmatan berkenaan.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata impak daripada pelaksanaan projek itu dapat dilihat dalam jangka masa panjang dan ia wajar dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan anggota polis terhadap masyarakat.

“Kita harap balai-balai di Kuala Lumpur dapat memberikan perkhidmatan bukan sahaja moden malah diiktiraf sebagai bertaraf dunia,” katanya. -BERNAMA

Tags: PDRMpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd