• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Patut Sambut Baik Keputusan Kecualikan Cukai

oleh Ahmad Albab
07/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (Patut) menyambut baik langkah kerajaan mengecualikan cukai pelancongan kepada hotel bertaraf tiga bintang ke bawah.

Presidennya Amir Hakimin Che Razali berkata pengumuman itu memberi kelegaan kepada golongan sederhana dan kurang mampu yang ingin melancong di dalam negara.

“Langkah ini juga memperlihatkan keprihatinan kerajaan kepada suara rakyat apabila isu cukai ini mendapat maklum balas yang kurang disenangi oleh netizen tambahan kos sara hidup semakin meningkat.

“Perubahan pelaksanaan cukai tersebut juga dilihat penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan apatah lagi kuasa membeli rakyat ketika ini tidak semewah dahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan pengecualian cukai pelancongan terhadap hotel tiga bintang ke bawah yang akan mula dilaksanakan 1 Ogos depan.

Turut dikecualikan cukai berkenaan ialah pelancong asing yang sudah membuat tempahan penginapan dengan ejen pelancongan di negara ini untuk tempoh hingga 31 Mac 2018.

Amir Hakimin berkata Patut yakin dengan keputusan positif daripada kerajaan ini akan dapat melonjakkan lagi pemain industri perhotelan bertaraf tiga bintang ke bawah di Malaysia yang kebanyakannya bergantung kepada pelancong tempatan.

“Kebelakangan ini juga kita melihat ramai golongan anak muda di Terengganu sudah mula menceburi industri perhotelan dan pelancongan yang melihat ia mampu memberikan pulangan yang lumayan.

“Walaupun cukai pelancongan dikenakan kepada hotel bertaraf empat bintang ke atas sahaja, Patut menjangkakan kerajaan dianggarkan mampu menjana kutipan RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan semalaman bagi keseluruhan 11 juta bilik bertaraf empat bintang ke atas di negara ini mencapai 60 peratus,” katanya.

Beliau berkata, ia sekali gus dapat menampung perbelanjaan kerajaan terutama kos mempromosikan negara kepada pelancong luar dan kos promosi ini bukanlah kecil.

Strategi promosi perlu dijalankan secara berterusan bagi menarik kedatangan pelancong luar ke Malaysia yang mana akan memberikan kebaikan kepada banyak pihak, katanya. – BERNAMA

Tags: cukai pelanconganHotel Bajet
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Padah Degil Buka Pintu Asrama Pekerja

Next Post

Tukang Jahit Didakwa 3 Tuduhan Berkaitan Daesh

Related Posts

MOTAC Mohon Bahagian Hasil Cukai Pelancongan

17/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bercadang memohon sejumlah peruntukan hasil cukai pelancongan yang dikutip kementerian untuk digunakan...

Kerajaan Tidak Bercadang Mansuh Cukai Pelancongan

13/10/2018
0

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak bercadang mansuh Cukai Pelancongan yang dikenakan ke atas setiap pelancong asing melawat Malaysia, kata Menteri Pelancongan,...

Next Post

Tukang Jahit Didakwa 3 Tuduhan Berkaitan Daesh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd