Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengasuh Pulas Paha Bayi...

PUTRAJAYA- Keluarga seorang bayi perempuan berusia empat bulan yang mengalami patah paha kanan...

Saudi Buka Kompleks Gajet...

RIYADH - Jika di Malaysia, pihak kerajaan Persekutuan mewujudkan Digital Mall menempatkan usahawan...

Kucing Miliki Kuasa Psikik...

SEEKOR kucing didakwa mempunyai kuasa 'psikik' dijual kepada seorang bomoh atau 'ahli sihir'...

PDRM Lancar Op Selamat...

HULU SELANGOR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan Op Selamat Ke-12...

Padah Degil Buka Pintu Asrama Pekerja

SEBERANG JAYA – Penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri terpaksa memecahkan pintu bilik asrama pekerja warga asing di Butterworth selepas mereka enggan buka pintu bilik itu, malam kelmarin.

Dalam operasi pemeriksaan E-Kad yang bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam itu, seramai 24 pekerja warga asing ditahan di tiga lokasi berbeza iaitu di Bayan Lepas, Bandar Perda dan Butterworth.

Pengarah JIM Pulau Pinang, Meor Hezbullah Meor Abd. Malik berkata, operasi bermula di sebuah kilang pembuatan barangan plastik di Bayan Lepas.

“JIM berjaya menahan tujuh lelaki dan tiga wanita pekerja asing warganegara Bangladesh, Myanmar dan Indonesia dalam serbuan di kilang plastik berkenaan.

“Di lokasi kedua pula di Bandar Perda, seramai tujuh lelaki iaitu enam warga Bangladesh dan seorang Myanmar ditahan,” katanya.

Menurutnya, lelaki warga Myanmar berusia 30 tahun itu turut mempunyai rekod sebagai orang yang dikehendaki oleh polis Bukit Aman.


Katanya, dalam pemeriksaan ketiga di sebuah hotel lama yang diubah suai menjadi asrama pekerja, pihaknya menahan empat lelaki warga Bangladesh.

“Jumlah keseluruhan, kita menahan 18 lelaki warganegara Bangladesh, tiga lelaki Myanmar dan tiga wanita Indonesia kerana kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c), Akta Imigresen 1959/63.

“Semua pekerja warga asing itu dibawa balik ke Pejabat Imigresen Seberang Jaya sebelum dihantar ke Depot Tahanan Pendatang Asing Juru,” katanya. – myMetro Online

Kategori