• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Pembangkang Tiada Jasa Kepada Rakyat Perlis

oleh Ahmad Albab
23/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata parti pembangkang yang ingin menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mesti mampu menjaga kebajikan rakyat negeri ini dengan cemerlang seperti BN.

“Parti-parti ini belum ada rekod membantu rakyat Perlis, apatah lagi cemerlang. Lagipun di Perlis ini tiada isu tempatan untuk dijadikan bahan kempen tapi itu hak mereka untuk bertanding di sini,” katanya.

Orang yang hendak tubuh dan kendali parti baharu perlu ada jasa kepada rakyat,” katanya yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO ketika ditemui pada majlis jamuan Aildiftri Jabatan Pertahanan Awam Perlis (JPAM) di sini hari ini.

Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas pelancaran kempen  #pakatkalih dan penubuhan bilik gerakan pilihan raya Pakatan Harapan Perlis di Tambun Tulang di Arau, petang semalam.

Katanya BN Perlis tidak rasa tergugat dengan kempen pembangkang kerana yakin rakyat boleh menilai  sumbangan BN khususnya UMNO.

Katanya beberapa projek yang ada keperluan untuk rakyat tetapi tidak dimohon sedang dikenal pasti selain 600 rumah golongan kurang bernasib baik akan mula dibaiki minggu depan.

Mengenai calon UMNO Perlis untuk menghadapi PRU14, Shahidan berkata keputusan mencalonkan mereka dibuat di peringkat cawangan oleh semua empat sayap parti.

Katanya lima atau enam nama bagi setiap kerusi (DUN dan Parlimen) dan 30 peratus adalah dari kalangan wanita telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku Presiden parti, untuk dipilih.

“Saya fikir Presiden dengar pandangan rakyat,” katanya sambil mengulangi UMNO Perlis tetap dengan  pendirian menolak calon ‘payung terjun’ tetapi jika ada yang difikirkan sesuai dan boleh menang hendaklah diperkenalkan pada masa ini.

Perbezaan pendapat mengenai calon payung terjun menyusahkan parti dan kita boleh bergaduh sesama sendiri. Jika ada bawa sekarang. Saya akan bantu promosi dan sokong dia. Kita tidak perlukan orang yang hendak jawatan sahaja tetapi tidak menyumbang kepada parti,” kata Shahidan.

Katanya calon-calon yang tidak bersih atau terpalit dengan rasuah akan ditolak sama sekali. – BERNAMA

Tags: Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd