Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Nik Nazmi Tuduh Jamil...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) tanpa mempedulikan fakta yang dikeluarkan oleh...

Sekatan Terhadap Penceramah Asing...

Putrajaya: Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej...

Bahasa Kebangsaan Bukan Penentu...

PUTRAJAYA - Kejayaan dan kemajuan sebagai satu bangsa bukan hanya ditentukan oleh bahasa...

Turki Bakal Hasilkan Kereta...

ISTANBUL - Turki bakal mengeluarkan kereta buatannya sendiri menjelang 2021, menerusi jalinan usaha...

PAN Cadang Sebat Lelaki Suka Pukul Isteri

KUALA LUMPUR – Pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan 2012) perlu dilakukan bagi mengurangkan kerenah birokrasi di antara jabatan dan agensi penguatkuasaan terlibat, kata Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Beliau berkata dengan pindaan itu, mangsa keganasan rumah tangga boleh mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak “disepak” ke sana sini seperti bola apabila memohon bantuan pihak berkuasa.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Polis DiRaja Malaysia perlu mengadakan kursus untuk memberi kefahaman kepada para petugas dan anggota penguatkuasaan supaya mereka benar-benar faham apa itu Perintah Perlindungan Kecemasan(EPO), Perintah Perlindungan Interim(IPO) atau Perintah Perlindungan (PO) supaya tiada lagi penganiayaan terhadap mangsa yang ingin mendapatkan perintah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-undang(RUU) Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 yang dibentang untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim di Dewan Rakyat semalam.

RUU itu antara lain memperuntukkan pegawai kebajikan masyarakat diberi kuasa mengeluarkan EPO (ex-parte) kepada mangsa keganasan rumah tangga jika sesuatu kes berlaku di luar waktu pejabat, misalnya di hujung minggu.

Irmohizam berkata ketika ini, mangsa hanya boleh mendapatkan IPO atau PO daripada mahkamah yang hanya beroperasi pada waktu bekerja sedangkan banyak aduan keganasan rumah tangga berlaku pada hujung minggu.

“Justeru itu, pindaan akta ini yang memperuntukkan EPO adalah amat dialu-alukan bagi membolehkan mangsa mendapatkan perlindungan segera untuk menghalang si pelaku daripada mencederakan mangsa,” katanya.


Sementara itu, Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) mencadangkan pelaku keganasan rumah tangga dikenakan tindakan sebat di khalayak ramai bagi memberi pengajaran kepada mereka.

Beliau berkata suami yang memukul isteri perlu diberi keinsafan secara terbuka bagi memastikan mereka sedar tentang tanggungjawab menjaga wanita seperti yang diamanahkan Allah.

Cadangan itu turut disokong Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) yang percaya tindakan sebat di khalayak ramai akan membuka mata masyarakat untuk tidak menyakiti pasangan masing-masing.

Terdahulu, semasa membentang RUU berkenaan, Rohani berkata pindaan itu bertujuan meningkatkan perlindungan kepada mangsa dengan mengadakan peruntukan bagi EPO sebagai tambahan kepada perintah perlindungan interim dan perlindungan sedia ada.

Selain itu, Seksyen 13 dimasukkan untuk memperuntukkan bahawa permohonan bagi perintah perlindungan hendaklah dibuat oleh mangsa, peguam mangsa, pegawai kebajikan masyarakat bagi pihak mangsa iatau pegawai polis bagi pihak mangsa, katanya. -BERNAMA

Kategori