Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

‘Superman’ Dicekup Dalam Perjalanan...

SHAH ALAM  - Lagak berbahaya sekumpulan samseng jalanan ketika dalam perjalanan untuk berbuka...

Terengganu FC Mara Ke...

JOHOR BAHRU - Terengganu FC menempah slot ke final Piala Malaysia 2018 ​​​​​​​apabila...

Akaun Bank Najib Tidak...

KUALA LUMPUR – Akaun bank peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Mustapa Kemalangan Di Kampung...

KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed terlibat...

Bahasa Kebangsaan Bukan Penentu Kemajuan Bangsa – Mahathir

PUTRAJAYA – Kejayaan dan kemajuan sebagai satu bangsa bukan hanya ditentukan oleh bahasa kebangsaan sahaja, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri yang juga pemangku Menteri Pendidikan menyatakan demikian mengenai cadangan memperkenalkan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam bahasa Inggeris di sekolah.

“Saya Melayu. Saya sayang kepada bangsa dan bahasa Melayu. Tetapi, kita perlu beri pertimbangan kepada kemajuan bangsa.

“Sebenarnya, jika sayang kepada bangsa, utamakan kejayaan sebagai satu bangsa dan kemajuannya lebih dari hanya kegunaan bahasa sendiri sahaja.

“Fikirlah baik-baik. Pepatah berkata “sayang anak, tangan-tangankan, sayang isteri, tinggal-tingalkan”. Sayang bangsa utamakan kejayaan bersaing lebih daripada hanya bertutur kata dalam bahasa sendiri,” katanya pada Majlis Amanat dan Aspirasi Tun Dr. Mahathir Mohamad, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, pagi ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Gazali Abas.

Dr. Mahathir berkata, Malaysia mempunyai tiga kaum utama yang mengajar menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

“Jika bahasa Kebangsaan diguna untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan (SK), maka sekolah jenis kebangsaan Cina (SKJC) akan guna bahasa Mandarin dan (SJKT) India guna bahasa Tamil.

“Dan dalam bidang sains, ahlinya perlu berbincang sesama mereka masalah sains yang ditemui. Mungkinkah mereka yang berbahasa Kebangsaan, Mandarin dan Tamil boleh berbincang sesama mereka (jika penggunaan bahasa tidak sama),” katanya.

Dr. Mahathir berkata, bahasa yang kerap diguna dalam industri dan konferensi Sains adalah bahasa Inggeris dan ia akan menyukarkan mereka untuk memahami arahan sekiranya tidak faham bahasa Inggeris.

Pemahaman Sains dalam bahasa Inggeris katanya, memudahkan seseorang memahami arahan yang diberi berikutan bahasa itu kerap diguna dalam industri.


Biarpun ia boleh diterjemah ke bahasa Melayu, namun perkataan digunakan bukan bahasa Inggeris biasa, justeru terjemahannya mungkin tidak menggambarkan makna yang sebenar.

“Hari ini pun kita dapati mereka yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris sukar mendapat kerja. Konferensi sains antarabangsa kerap diadakan,” katanya.

Pada masa sama, Dr. Mahathir berkata, Sains bukan satu ilmu yang statik, sebaliknya ada sahaja perkara baharu yang dikenali dan dibangunkan setiap hari.

Berikutan itu, katanya, amat sukar untuk memahami, menterjemah dan mentafsirkan ke dalam bahasa Melayu.

Katanya, negara juga tidak mungkin mempunyai pakar sains yang akan menterjemahkan, berpuluh-puluh kertas hasil penyelidikan dalam pelbagai bidang setiap hari.

“Jika kita tidak mempunyai ilmu yang terbaharu, kita akan ketinggalan kerana tidak mengguna ilmu ini. Kita semua tahu hari ini terdapat banyak hasil selidikan tiap hari. Banyak perkataan baharu yang dicipta,” katanya.

Selain itu, Dr. Mahathir berkata, Malaysia mempunyai tiga kaum utama yang mengajar menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

“Jika bahasa Kebangsaan diguna untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan (SK), maka sekolah jenis kebangsaan Cina (SKJC) akan guna bahasa Mandarin dan (SJKT) India guna bahasa Tamil,” katanya. – BH Online

Kategori