• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Selamat 11: Pekan Kedua, Pahang Ketiga Terbaik

oleh AK-47
07/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pahang menjadi negeri ketiga terbaik keseluruhan, mencatatkan penurunankes sepanjang 15 hari Op Selamat 11 dijalankan membolehkan Kontinjen Pahang menerima pengiktirafan dan anugerah yang disampaikan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Rosli Ab Rahman berkata paling membanggakan, dalam tempoh sama Pekan menjadi daerah kedua terbaik seluruh negara, mencatatkan penurunan kes secara keseluruhan selepas Ampang Jaya, termasuk sifar kes kemalangan maut berbanding enam kematian semasa Op Selamat 9.

“Pengurangan itu turut menyumbang kepada penurunan jumlah kematian akibat kemalangan di Pahangdaripada 28 kes berbanding 21 kes dalam Op Selamat 9 tahun lepas.

“Kuantan masih lagi menjadi penyumbang kes kematian tertinggi akibat kemalangan iaitu empat orang, diikuti Raub, Rompin dan Maran masing-masing mencatatkan tiga kematian, Temerloh, Bentong dan Lipis masing-masing dua kematian dan selebihnya satu kematian di Jerantut dan Bera,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya jumlah keseluruhan kemalangan pada operasi kali ini merekodkan peningkatan kepada 1,179 kes berbanding 1,092 kes tahun sebelumnya.

Bagaimanapun Rosli berkata jumlah saman yang dikeluarkan pula berkurangan kepada 1,448 saman berbanding 1,640 pada tahun sebelumnya.

Sebahagian besar saman yang dikeluarkan membabitkan kesalahan pemanduan melebihi had laju iaitu 1,164 kes berbanding 1,366 kes tahun sebelumnya.

Selain itu, beliau berkata tiada kes pecah rumah yang dilaporkan berlaku daripada 3,788 jumlah laporan balik kampung di seluruh Pahang tahun ini.

Sepanjang tempoh operasi berkenaan mulai 18 Jun hingga 2 Julai lepas katanya, sebanyak 15,492 rondaan polis telah dibuat ke kediaman dan premis yang ditinggalkan penghuni untuk pulang ke kampung sempena cuti perayaan.

Semalam, Khalid telah menyempurnakan Majlis Anugerah Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 2017 dengan kontinjen Pahang mencapai kedudukan ketiga terbaik selepas Perlis dan Selangor, manakala Pekan daerah kedua terbaik selepas Ampang Jaya dengan daerah Tapah ketiga. – BERNAMA

Tags: Datuk Rosli Ab RahmanOp Selamat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Op Selamat: Polis Kedah Keluarkan Lebih 13,000 Saman

05/05/2022
0

Alor Setar : Polis Kedah mengeluarkan 13,024 saman dalam tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 18 sempena Aidilfitri yang dilancarkan...

11 Maut, 1,943 Kemalangan Dalam Lima Hari Di Selangor

04/05/2022
0

SHAH ALAM: Sebanyak 11 kematian dan kemalangan maut direkodkan sepanjang lima hari pelaksanaan Op Selamat 18 di Selangor sehingga semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd