• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Asing Kaut Gamat Di Pulau Kapas

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sekumpulan nelayan warga Vietnam didapati mengaut gamat kira-kira 6.5 batu nautika dari perairan Pulau Kapas awal pagi tadi.

“Jabatan Perikanan pada mulanya menerima aduan dari nelayan kawasan Merchang mengenai kehadiran nelayan asing yang mencurigakan di perairan Pulau Kapas malam tadi.

“Bertindak atas aduan itu, enam anggota penguat kuasa jabatan kemudiannya mengenal pasti lokasi bot nelayan tersebut.

“Namun mereka turut berdepan detik cemas apabila kumpulan nelayan itu bertindak agresif dengan cuba melanggar bot jabatan.

“Bagaimanapun pasukan penguat kuasa dapat menahan bot itu yang membawa seorang tekong dan empat awak-awak pukul 1 pagi tadi,” kata Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Zawawi Ali kepada pemberita hari ini.

Ia adalah tangkapan pertama melibatkan hasil gamat setakat ini tahun ini.

Zawawi berkata bot itu didapati milik nelayan tempatan yang didaftarkan di Kelantan namun menggunakan tenaga kerja warga Vietnam untuk menangkap ikan laut dalam.

Beliau berkata bot tersebut melakukan lima kesalahan iaitu menceroboh perairan kawasan nelayan tradisional, menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan untuk menangkap gamat dan saiz pukatnya hanya 22 sentimeter berbanding 38 sentimeter yang dibenarkan.

Dua lagi kesalahan ialah cuba melarikan diri botnya tidak mempunyai ‘tin plate’ (tanda pengesahan bot Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Perikanan).

Beliau berkata gamat bernilai RM2,000 turut dirampas daripada para nelayan itu.

Zawawi berkata jabatan tidak memberikan lesen untuk tangkapan gamat di Terengganu, namun aktiviti menangkap gamat oleh nelayan asing semakin berleluasa ekoran harganya yang mahal di negara jiran.

Beliau berkata tangkapan tersebut merupakan yang kesepuluh setakat ini tahun ini membabitkan nelayan asing di mana Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menahan sembilan bot dan satu lagi adalah hasil tangkapan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sepanjang tahun lepas, sebanyak 20 bot yang menceroboh perairan Terengganu ditangkap di mana 11 tangkapan oleh Jabatan Perikanan dan sembilan tangkapan oleh PDRM. – BERNAMA

Tags: Gamat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cubaan Nelayan Vietnam Seludup 350kg Gamat Gagal

04/04/2017
0

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan dua bot bersama 10 nelayan Vietnam yang cuba menyeludup 350...

APMM Tahan Bot Nelayan Vietnam Tangkap Gamat

08/02/2017
0

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot dikendalikan seorang tekong dan tiga awak-awak nelayan Vietnam kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd