• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Bangga Ramai Anak Felda Jadi Usahawan Berjaya

oleh Ahmad Albab
22/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa bangga apabila semakin ramai anak Felda menjadi usahawan berjaya hasil bantuan dan inisiatif kerajaan.

Najib dalam catatan di laman blognya hari ini berkata beliau sempat meluangkan masa bertemu pengusaha-pengusaha ‘food truck‘ di karnival sambutan Hari Peneroka di Putrajaya semalam untuk membeli juadah minum petang.

Katanya kebanyakan yang beliau temui merupakan anak-anak Felda generasi kedua dan ketiga yang datang dari seluruh negara termasuk dari Felda Semenchu, Johor; Felda Teloi Timur, Kedah dan Negeri Sembilan.

“Sesungguhnya, saya sangat berbangga melihat anak-anak Felda sekarang kerana ramai sudah menceburi bidang keusahawanan dan sudah menjadi usahawan berjaya, hasil daripada bantuan dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

“…dan saya pasti kejayaan anak-anak Felda hari ini memenuhi visi Ayahanda saya (Tun Abdul Razak Hussein) ketika beliau menubuhkan Felda,” katanya.

Penubuhan Felda atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 merupakan cetusan ilham Tun Abdul Razak bagi tujuan pembangunan tanah dan penempatan semula untuk membasmi kemiskinan melalui penanaman kelapa sawit dan getah.

Karnival bersempena sambutan Hari Peneroka 2017 berlangsung selama tiga hari bermula semalam dan berakhir Ahad.

Perdana Menteri berkata beliau akan bersama-sama warga Felda di Dataran Putrajaya esok untuk kemuncak sambutan Hari Peneroka.

“Saya ingin menyeru rakyat Malaysia untuk turut hadir, meraikan peneroka-peneroka yang telah membuktikan usaha  mereka dan menyumbang  kepada pembangunan  negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Feldausahawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan terdapat 'tangan ghaib' menghalang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor...

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd