• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muslim Indonesia Digesa Boikot Starbucks Pro-LGBT

oleh
01/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pertubuhan Muslim kedua terbesar di Indonesia menggesa orang ramai memboikot Starbucks kerana mendakwa rangkaian kopi antarabangsa itu menyokong hubungan sesama jenis.

Menurut laporan media tempatan, seruan berkenaan disuarakan pemimpin Muhammadiyah, Anwar Abbas sambil mendakwa Starbucks berisiko menjejaskan teras “agama dan budaya” negara paling ramai umat Islam di dunia itu.

Kecuali wilayah Aceh yang memang terkenal sejak 2005 dalam pelaksanaan undang-undang tegas Syariah Islam, perlakuan homoseksual secara umumnya adalah tidak salah di sisi undang-undang sekular Indonesia sendiri.

Bagaimanapun beberapa operasi serbuan polis secara mengejut terhadap kelompok pengikut amalan terkutuk lesbian, homoseksual, biseksual dan transgender (LGBT) semakin meningkat di seluruh Indonesia kebelakangan ini.

Muhammadiyah, sebuah pertubuhan yang memiliki sekitar 30 juta anggota, ujar Anwar mendesak pemerintah harus menarik balik lesen operasi Starbucks kerana sokongan terbuka syarikat itu kepada masyarakat LGBT tempatan.

Ia juga adalah tidak “selaras” dengan ideologi rasmi negara tersebut, Pancasila yang merupakan Undang-undang Dasar Indonesia setelah dibentuk secara rasmi pada 1 Jun 1945 lalu iaitu amalan kemanusiaan adil dan beradab.

Namun perkara itu disangkal PT Sari Coffee Indonesia, yang memiliki lesen pengendalian rangkaian Starbucks, sambil menegaskan ia entiti perniagaan sah dan “sentiasa mematuhi peraturan serta hargai nilai budaya Indonesia”.

Starbucks memiliki lebih 50 cawangan di Jakarta selain pulau peranginan popular Bali (16), Surabaya (18), Bandung (11), Medan (5), Yogyakarta (2), Palembang (2) serta Semarang dan Pontianak masing-masing sebuah sahaja.

Syarikat yang ditubuhkan pada 1971 lalu itu kini mempunyai 16,120 buah cawangan di 49 negara dengan 172,000 orang pekerja di seluruh dunia serta pendapatan kasar tahunan berjumlah AS$9.4 bilion (RM41.3 bilion).

Ditanya alasan penentangan terhadap Starbucks, Anwar berkata bahawa beliau dimaklumkan dalam satu kumpulan sembang sosial mengenai komen pro-LGBT yang pernah dibuat oleh eksekutif kanan syarikat itu, Howard Schultz.

Untuk rekod, warga Amerika Syarikat (AS) berketurunan Yahudi itu kini merupakan pengerusi eksekutif Starbucks selepas beliau bertindak melepaskan jawatan sebelum ini sebagai ketua pegawai eksekutif pada awal April lalu.

Komen berbaur pro-LGBT oleh Schultz itu muncul setelah majalah antarabangsa Forbes melaporkan seorang pemegang saham Starbucks pernah mengadu pada 2013 bahawa syarikat itu hilang ramai pelanggan berpotensi.

Ini kerana sokongan terbukanya terhadap perkahwinan sejenis, tetapi Schultz pula berkata beliau amat mengalu-alukan kepelbagaian dan “tidak semua keputusan adalah atas sebab ekonomi”. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IndonesiaLGBTstarbucks
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd