• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MU Bukan Kelab ‘Favourite’ Juara Liga Perdana

oleh Ahmad Albab
26/07/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGURUS kelab sensasi Manchester United, Jose Mourinho berkata pasukannya bukan menjadi calon utama untuk memenangi gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim depan.

Beliau bagaimanapun dilaporkan media Britain, tetap optimis apabila dapat merasakan bahawa mereka akan memberi tentangan sengit.

United hanya menamatkan musim lepas di kedudukan keenam dalam kempen sulung Mourinho, namun kekecewaan itu diatasi dengan kejayaan dalam Piala EFL dan Liga Europa.

Ia sekali gus membolehkan mereka untuk layak bersaing dalam Liga Juara-Juara 2017/18.

Seperti United, kelab seperti Manchester City dan Chelsea telah berbelanja besar dalam jendela perpindahan musim panas ini dan pertempuran dijangka semakin sengit.

Mourinho juga percaya bahawa Tottenham Hotspur akan kembali berada dalam kalangan kelab yang bakal memberi tentangan walaupun setakat ini menjadi satu-satunya kelab dalam liga yang belum menandatangani pemain.

“Saya tidak fikir kami adalah calon kegemaran untuk meraih gelaran tetapi kami tetap antara calon. Semua orang bercakap mengenai dimensi pelaburan di Man City.

“Tetapi ada satu lagi pasukan yang saya rasa dimensi pelaburan mereka juga adalah fenomena – Tottenham. Sehingga kini mereka tak berbelanja apa-apa, betul?, ” dia dipetik sebagai berkata oleh The Guardian.

“Mereka mengekalkan semua pemain yang mahu mereka kekalkan, mereka kekalkan Dele Alli, Harry Kane dan Toby Alderweireld, mereka kekalkan Eric Dier, mereka ‘simpan’ semua pemain yang mereka mahu.

“Mereka menjual Kyle Walker saya rasa mungkin kerana mereka fikir Kieran Trippier sama bagus seperti Walker. Dan dia lebih muda daripada Walker.

“Chelsea adalah juara dan sekarang mereka berbelanja. Kita sedang berada di pertengahan pasaran dan mereka telah membeli Antonio Rudiger, Tiemoue Bakayoko dan Alvaro Morata.

“Jadi setiap kelab membuat pelbagai jenis pelaburan tetapi semua pelaburan yang tinggi itu hanya untuk memenangi gelaran.”

United akan memulakan musim baru liga menentang West Ham United di Old Trafford pada 13 Ogos. – mStar Online

Tags: Jose MourinhoManchester United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

11/05/2024
0

Kuala Lumpur : Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan namun turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd