• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Microsoft Umum Kurangkan Pekerjaan

oleh Ahmad Albab
07/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAN FRANCISCO – Microsoft mengumumkan akan mengurangkan jumlah pekerjaan susulan laporan gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu dikatakan sedang menyusun semula operasi jualan global.

“Hari ini, kami mengambil langkah memaklumkan kepada sebahagian kakitangan bahawa kedudukan mereka sedang dipertimbangkan atau jawatan mereka dihapuskan,” kata Microsoft menjawab soalan AFP menerusi e-mel.

Sebelum ini, stesen televisyen CNBC melaporkan syarikat itu akan mengurangkan 3,000 jawatan kebanyakan daripada kakitangan bukan jualan.

“Seperti syarikat lain, kami sering menilai perniagaan.

Ini mungkin membawa kepada pertambahan pelaburan atau penyusunan semula,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pemberhentian pekerja dilakukan ketika syarikat berkenaan menyusun semula bahagian jualan untuk menjadikan Microsoft sebagai segmen penting bagi perniagaan yang bergantung kepada pengkomputeran awam, lapor media.

Menurut laman webnya, Microsoft mempunyai lebih 121,000 pekerja di seluruh dunia, setakat Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella cuba mengurangkan tumpuan syarikat itu terhadap perisian dan beralih kepada pengkomputeran awam dan perkhidmatan perniagaan. – AFP/BH ONLINE

Tags: Microsoftpekerjaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

Microsoft Sedang Siasat Gangguan Aplikasi Office Dan Cloud

Microsoft Sedang Siasat Gangguan Aplikasi Office Dan Cloud

31/07/2024
0

WASHINGTON : Microsoft Corp memaklumkan mereka sedang menyiasat gangguan pada beberapa aplikasi Office dan perkhidmatan Cloud. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd