• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Michael Carrick ‘Tuntut’ Trofi Dari United

oleh Ahmad Albab
22/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMAIN Manchester United, Michael Carrick, menegaskan pasukannya wajib meraih trofi pada musim 2017/18.

Selain itu, Carrick berharap sangat agar United tidak sekadar menamatkan saingan di empat kelompok teratas Liga Perdana Inggeris.

“Ini adalah soal kemenangan. Sama ada mampu bergelar juara atau langsung tiada apa-apa. Saya tak boleh menerima apabila kami hanya tamatkan saingan di empat pasukan teratas,” kata Carrick memetik Sportsmole.

“Saya tahu kami telah mengalami perubahan dan harus menyesuaikan diri dengan pemain yang keluar-masuk. Anda tidak dapat berharap untuk menang liga setiap tahun, tapi anda perlu memutuskan untuk meraih trofi,” katanya.

United ketika ini dilihat sedang memperkukuhkan pasukannya.

Di bawah kendalian Jose Mourinho, The Red Devils terus aktif melakukan urusan perpindahan musim panas 2017.

Namun setakat ini United baru membawa masuk dua pemain iaitu Victor Lindelof dari Benfica dan Romelu Lukaku dari Everton.

United kini dilaporkan sedang berusaha mendapatkan Nemanja Matic dari Chelsea.

Mourinho dikatakan mahu mendapatkan bekas pemainnya di Chelsea itu untuk menggantikan peranan Carrick.

Carrick mencatatkan rekod cemerlang bersama United.

Dia telah meraih 18 trofi juara, iaitu lima gelaran Liga Perdana, satu trofi Piala FA, tiga gelaran Piala Liga, enam trofi Piala FA, satu Liga Juara-Juara, satu Liga Eropah dan satu gelaran Piala Dunia Antara Kelab. – mStar Online

Tags: Manchester Unitedpemain bola sepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

16/08/2024
0

Seorang pemain bola sepak amatur yang gambarnya membawa kerambit tular di media sosial, dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd