• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17: Najib Ulangi Desakan Keadilan Mangsa MH17

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi desakan Malaysia untuk keadilan bagi mangsa tragedi penembakan jatuh pesawat Malaysia Airline (MAS) penerbangan MH17, di timur Ukraine tiga tahun lepas.

“Ia tetap menjadi keutaman kami untuk mendapatkan keadilan bagi keluarga mereka yang terkorban. Kami akan meneruskan usaha dan mendakwa pelaku perbuatan kejam yang melampau ini. Ini adalah satu tragedi yang Malaysia tidak akan lupakan,” kata Najib melalui posting dalam laman Twitter dan Facebook hari ini.

Najib juga merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa atas tragedi itu.

“Pada hari ini, tiga tahun lalu, 298 orang yang tidak berdosa terkorban apabila pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 ditembak jatuh. Kita kehilangan 43 rakan kita sebagai rakyat Malaysia pada hari itu. Bagi mereka yang kehilangan orang tersayang, ingatan kepada mereka tidak akan luput.

“Malaysia berdiri teguh bersama anda,” kata beliau.

Pesawat MH17 ditembak jatuh di ruang udara di timur Ukraine pada 17 Julai, 2014, mengorbankan semua 298 orang yang menaiki penerbangan itu. Mangsa tragedi ialah dari Belanda, Malaysia, Australia, Indonesia, Britain, Belgium, Jerman, Filipina, kanada dan New Zealand. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakMH17
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd