• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Pertahanan Jepun Letak Jawatan

oleh Ahmad Albab
28/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Menteri Pertahanan Jepun Tomomi Inada meletak jawatan kerana mengambil tanggungjawab ke atas skandal membabitkan operasi pasukan pertahanan Jepun yang berkhidmat di bawah misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan Selatan, kata Perdana Menteri Shinzo Abe.

Tugas Inada diambil alih Menteri Luar Fumio Kishida sehingga pelantikan baharu dibuat, lapor agensi berita China Xinhua.

Perletakan jawatan Inada dikemukakan menjelang rombakan kabinet yang dirancang perdana menteri minggu depan.

Menurut sumber, nama yang disebut mungkin menjadi pengganti Inada ialah bekas Menteri Pertahanan Itsunori Onodera.

Perletakan jawatan  itu, susulan dakwaan terbabit menyembunyikan rekod dalaman mendedahkan bahaya dihadapi Pasukan Pertahanan Diri (GSDF) Jepun yang ditugaskan di bawah misi pengaman PBB di Sudan Selatan.

Beberapa pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan anggota tertingi tentera pada Disember lepas, memberitahu terdapat rekod catatan yang memperincikan keadaan semakin kritikal bagi tentera Jepun, telah dibuang anggota GSDF.

Kementerian sebelum ini, menegaskan pada Februari telah menemui data dalam format digital pada komputer milik Pejabat Petugas Staf Bersama Pasukan Pertahanan Diri dan mendakwa data itu telah dibuang petugas GSDF.

Jepun akhirnya memanggil pulang anggota GSDF dari misi PBB pada akhir Mei tahun ini, dengan alasan tugasan pasukan berkenaan sejak lima tahun sudah cukup memberangsangkan.

Kerajaan langsung  tidak menyatakan arahan memanggil pulang tentera kerana keadaan keselamatan yang semakin meruncing di Sudan Selatan.

Inada turut menafikan dakwaan terhadapnya, kementerian juga menolak tuduhan beliau terbabit dalam menyembunyikan data.

Beliau adalah rakan sekutu rapat perdana menteri dan dilantik menjadi menteri pertahanan pada Ogos lepas. – BERNAMA

Tags: jepunletak jawatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry, Fadhlina Diminta Letak Jawatan, Gagal Menentang Pengiktirafan UEC – Hassan

Zambry, Fadhlina Diminta Letak Jawatan, Gagal Menentang Pengiktirafan UEC – Hassan

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek disaran meletak jawatan....

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd