• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Mara Ke Suku Akhir Skuasy Remaja Dunia

oleh AK-47
26/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan skuasy remaja kebangsaan meneruskan prestasi memberangsangkan mereka dengan mara ke suku akhir Kejohanan Berpasukan Remaja Wanita Dunia WSF 2017 di Tauranga, New Zealand, hari ini.

Anak buah Andrew Cross membelasah Kanada 3-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan C yang berlangsung di Devoy Squash and Fitness Centre, menurut laman web kejohanan, website;www.wsfworldjuniors.com.

Dalam perlawanan menentang Kanada, Zoe Foo Yuk Han menyumbang mata pertama kepada Malaysia dengan mengetepikan Nicole Kendall 11-3, 11-6 dan 11-3 sebelum juara dua kali Terbuka Remaja British, Aifa Azman, meraih kemenangan kedua dengan menumpaskan Charlotte Orcutt;11-5, 11-1 dan 11-6.

Juara Remaja Asia B-19 2016, S. Sivansangari melengkapkan kemenangan selepas mencatatkan 11-3, 11-6 dan 11-1 ke atas Emma Jinks dalam perlawanan ketiga.

Malaysia akan bertemu pilihan kelapan, New Zealand dalam suku akhir esok, selepas New Zealand berkesudahan di tempat kedua kumpulan A di belakang juara bertahan, Mesir.

New Zealand mengetepikan Australia 2-1 dalam perlawanan terakhir kumpulan A.

Empat belas pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan dwitahunan itu, dengan Mesir mendahului cabaran kumpulan A bersama-sama  New Zealand dan Australia, manakala Malaysia diundi bersama-sama Jerman dan Kanada dalam kumpulan B.

Juara lima kali England mengetuai cabaran kumpulan C bersama-sama India, Perancis dan Afrika Selatan manakala empat pasukan lagi — Hong Kong, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Ireland – berada dalam kumpulan D.

Kejohanan ini adalah kesinambungan kepada Kejohanan Skuasy Individu Remaja Dunia WSF yang berakhir di venue sama pada Isnin. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

Lokman Adam Ingatkan Jangan Sentuh Isu 3R PRN Negeri Sembilan

Lokman Adam Ingatkan Jangan Sentuh Isu 3R PRN Negeri Sembilan

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengingatkan supaya jangan ada mana-mana pihak menyentuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd