• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tidak Boleh Terikat Dengan Fatwa Islam

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan membantah cadangan supaya satu akta diwujudkan bagi memberi kuasa undang-undang kepada fatwa negeri untuk ‘mengikat’ Mahkamah Sivil dalam isu berkaitan Islam.

Pemimpin muda Pakatan Harapan, Faiz Fadzil berpandangan cadangan yang dikemukakan pemimpin PAS itu tidak berpremiskan kepada prinsip keadilan sejagat (rules of natural justice) dan keluhuran Perlembagaan.

Katanya, cadangan itu akan menyekat kebebasan mahkamah dalam membuat keputusan yang merupakan intipati utama dalam sistem keadilan dan kebebasan kehakiman.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) malah mendakwa cadangan itu akan menyebabkan mahkamah tidak boleh menilai sesuatu fakta dan keterangan secara mendalam dan menafsirkan prinsip dan undang-undang dengan betul kerana ‘terikat’ dengan fatwa.

“Fungsi mahkamah dalam memutuskan sesuatu kes adalah berpandukan kepada prinsip dan peruntukan undang-undang dan fakta sesuatu kes.

“Mengikat mahkamah dengan fatwa (agama Islam) akan menjejaskan proses keadilan dalam memutuskan sesuatu kes.

“Akta yang dicadangkan tersebut akan meletakkan fatwa sebagai asas rujukan keputusan sesuatu kes yang mengikat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cadangan supaya akta diwujudkan bagi memberi kuasa undang-undang kepada fatwa negeri untuk ‘mengikat’ Mahkamah Sivil dalam isu berkaitan Islam timbul berikutan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan anak luar nikah ‘di bin’kan kepada bapa penzina.

Keputusan terbaharu Mahkamah Rayuan itu bertentangan dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dan dibantah ramai tokoh dan ilmuan Islam meskipun Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyokong keputusan itu.

Faiz seterusnya menegaskan, fatwa cuma bersifat nilai panduan (persuassive value) dan bukannya nilai mengikat (binding value), malah fungsi mufti berbeza dengan hakim.

Kata beliau, mufti hanya membuat fatwa berasaskan pertanyaan dan soalan sedangkan hakim membuat keputusan setelah mendengar fakta dan panduan undang-undang.

Tambah beliau, fatwa dikeluarkan oleh majlis fatwa yang ditadbir di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam, bukan bidang kuasa persekutuan mengikut Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, katanya, cadangan yang dikemukakan pemimpin PAS tersebut membelakangkan keluhuran Perlembagaan dan prinsip keadilan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd