• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Perlu Jelaskan Pendirian Mengenai Anwar

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada beliau masih kekal dan konsisten dengan kenyataannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan perbuatan di luar tabii seperti didakwanya pada 1998, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Banyak persoalan berlegar dalam kepala orang ramai. Pertamanya, adakah Dr. Mahathir masih kekal dengan kenyataan lamanya pada 1998 yang dia tuduh Anwar melakukan perbuatan luar tabii.

“Sehinggakan dia kata Anwar ini pemimpin yang tidak ada maruah, oleh itu tidak boleh memimpin negara.

“Semua itu kini menjadi persoalan besar rakyat, sama ada tuduhan itu tidak betul pada asalnya, ataupun beliau sanggup korbankan prinsip lamanya (demi politik),” katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Dalam sidang media pada 22 Sept 1998 yang dibuat Dr. Mahathir, perdana menteri keempat itu mendakwa Anwar terlibat dalam perbuatan liwat dan seorang peliwat tidak layak menjadi pemimpin negara.

Najib menjelaskan, selagi semua itu tidak dijawab Dr Mahathir, orang ramai akan sangsi dan bahawa ini adalah hanya mainan dan sandiwara politik yang tiada keikhlasan.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata walaupun ada segelintir pihak yang tidak senang hati dengan UMNO dan kerajaan, pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan untuk membawa negara ke tahap yang membanggakan.

Jelasnya, situasi ini adalah lebih baik berbanding kem pembangkang yang masih tidak jelas dan kelam- kabut dalam menentukan siapa yang mempunyai kuasa penentu manakala hala tuju politik yang masih tidak jelas.

Mengenai sambutan Rumah Terbuka hari ini, Najib yang juga presiden UMNO berkata sambutan luar biasa daripada masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan adalah satu tanda keyakinan berterusan kepada parti dan kerajaan.

“Mereka datang berpusu-pusu dari pagi dan ingin bersama UMNO. Satu gambaran jelas hubungan parti dan rakyat yang tiada tembok pemisah.

“Ini kerana mereka tahu mereka boleh bersalam-salaman, berselfie dengan pemimpin UMNO. Sebagai pemimpin, kita ingin lebih rapat dan mesra dengan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong mendakwa MCA tidak seperti DAP yang lantang menyuarakan banyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd