• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAF Pertingkat Kempen Kesedaran Mengenai HIV, Aids

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yayasan AIDS Malaysia (MAF) akan mempergiatkan kempen kesedaran HIV dan AIDS berikutan peningkatan kes HIV dalam kalangan anak muda pada tahun lepas, kata pengerusinya Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.

Berdasarkan data diperoleh daripada Kementerian Kesihatan, beliau berkata golongan muda berusia antara 20 hingga 29 tahun mencatat kes HIV tertinggi iaitu 1,356 kes tahun lepas berbanding 1,232 kes pada 2015.

“Golongan yang menjalin hubungan seks sejenis (homoseksual), mengamalkan hubungan seks rambang secara tidak selamat (tidak menggunakan kondom) serta penagih mencatat peningkatan kes HIV tahun lepas dan angka ini sangat membimbangkan,” katanya pada sidang media selepas acara larian ‘Hot and Cold’ anjuran MAF dengan kerjasama Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) hari ini.

Turut hadir ialah Duta Yayasan AIDS Malaysia yang juga pelakon, Fahrin Ahmad dan penyanyi Najwa Latif.

Dr Adeeba berkata selain menyuntik kesedaran mengenai HIV dan AIDS, program larian ‘Hot and Cold’ yang pertama kali diadakan di UM itu turut mengumpul dana bagi membantu golongan pesakit HIV dan AIDS.

Dalam pada itu, beliau berkata MAF juga akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membantu pesakit beragama Islam menerusi bantuan Baitulmal dan zakat, di samping memberi kesedaran rohani. – BERNAMA

Tags: HIV
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd