• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Anak Syarikat Ladang Rakyat Rugi RM9 Juta

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHRU – Pakatan Harapan mendakwa kesemua lima anak syarikat Ladang Rakyat yang diwujudkan oleh kerajaan PAS Kelantan mengalami kerugian yang teruk.

Pemimpinnya, Datuk Husam Musa berkata, empat daripada syarikat itu telah pun ditutup iaitu Ladang Rakyat Aquafarm, Ladang Rakyat Tropical, Ladang Rakyat Agro Products dan Ladang Rakyat Herbs.

Dakwa beliau, satu-satunya anak syarikat yang masih beroperasi Ladang Rakyat Project Management mengalami kerugian terkumpul RM8.5 juta.

“Ladang Rakyat Aquafarm kerugian RM166,339, Ladang Rakyat Tropical (RM98,500), Ladang Rakyat Agro Products (RM101,515) dan Ladang Rakyat Herbs (RM101,500).

“Kerugian terkumpul bagi kelima-lima anak syarikat Ladang Rakyat adalah RM 8,970,249 atau mencecah RM 9 Juta. Sebab kerugian tidak dinyatakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Husam yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) berkata, kerugian sebenar bagi kempat-empat anak syarikat yang telah ditutup itu sebenarnya adalah lebih besar daripada dimaklumkan kepada Parlimen.

“Kecuali pada tahun 2015 keempat-empat syarikat ini tiba-tiba mencatitkan keuntungan. Ini mungkin pendapatan dari penjualan aset modal pada tahun 2015 sebelum ditutup pada tahun 2016,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Husam Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Janji Manifesto Belum Ditunaikan Bukan Penipuan

26/12/2018
0

KOTA BHARU - Mana-mana janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang belum...

Tiada Gunanya Politik Dendam – Mahfuz Omar

02/06/2018
0

PETALING JAYA - Pekeliling larangan memasuki istana yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan terhadap dua pemimpin parti Amanah Negara (Amanah) sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd