• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Ditikam Selamatkan Isteri Diragut

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Seorang peniaga barangan logam maut ditikam ketika mempertahankan rantai emas isterinya yang cuba diragut dua lelaki ketika berjoging berhampiran sebuah restoran makanan segera di Taman Wawasan di sini hari ini.

Menurut anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali, dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi tadi, Yeap Ah Kang @ Yeap Bak Seng, 73, bersama isterinya Teow Siew Gaik, 67, sedang berjoging sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal dan cuba meragut rantai leher yang dipakai isteri mangsa.

“Berlaku pergelutan sebelum seorang daripada suspek menikam mangsa dengan senjata tajam dipercayai pisau. Mangsa yang cuba mempertahankan rantai isterinya daripada diragut telah ditikam di bahagian perut dan maut di tempat kejadian.

“Isteri mangsa turut mengalami kecederaan di lengan kiri apabila terkena senjata yang digunakan suspek. Dua suspek terbabit berjaya mengambil rantai mangsa dan melarikan diri,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Hospital Parit Buntar di sini.

Menurutnya, mangsa merupakan seorang pemilik premis perkakasan di Simpang Tiga di sini dan sudah 10 hari berjoging bagi mencari stamina sebelum berangkat ke China bersama keluarga pada 9 Julai nanti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Supt. Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Omar Bakhtiar turut menggesa orang awam atau saksi yang mengetahui kejadian itu untuk tampil memberi maklumat kepada polis. – BERNAMA

Tags: kes ragutmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd