• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 10,000 Peserta Sertai Larian Obor KL 2017 Di Terengganu

oleh AK-47
24/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Terengganu berjaya mencatat lebih 10,000 pelari sukarelawan sepanjang sembilan hari berlangsungnya Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bersempena Sukan SEA ke-29 di negeri tersebut.

Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Mohamad Mazlan Anis berkata setakat ini, Terengganu menjadi negeri paling lama memegang ‘Obor Bangkit Bersama’ yang telah dibawa ke seluruh daerah bermula 16 Julai hingga ke hari ini.

“Selepas ini obor tersebut akan memasuki negeri Pahang bermula hari ini hingga 30 Julai, seterusnya Selangor dan Kuala Lumpur.

“Larian yang bermula dari Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman sejauh enam kilometer berakhir di pintu gerbang sempadan Terengganu – Pahang.

Turut serta dalam larian hari ini dan menjadi tumpuan orang ramai adalah legenda lompat kijang dan lompat jauh negara, Mohd Zaki Sadri yang turut hadir memberikan sokongan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, obor dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar kemudiannya diserahkan kepada wakil negeri Pahang iaitu ADUN Panching, Datuk Mohd Zaili Besar diiringi dengan laungan keramat ‘Bangkit Bersama’ oleh para pelari. – BERNAMA

Tags: Larian Obor KL 2017Mohamad Mazlan Anis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negaraku Bangkit Bersama, Mesej Najib Untuk KL2017

06/08/2017
0

KUALA LUMPUR - 'Negaraku Bangkit Bersama'. Ini mesej ditinggalkan Datuk Seri Najib Tun Razak di atas 'pledge car' Sukan SEA...

Larian Obor Sukan SEA Ke-29 Tiba Di Pahang

24/07/2017
0

KUANTAN - Larian Obor Sukan Sea ke-29 sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd