Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Sebab Mahathir Lambat Lantik...

KERAJAAN baharu Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah...

2,515 Pencawang TNB Dihentikan...

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebanyak 2,515 Pencawang Elektrik (PE) terpaksa dihentikan sementara di...

MOM Tubuh Jawatankuasa Ubah...

KUALA LUMPUR – Bagi memastikan hanya atlet yang benar-benar layak mewakili negara pada...

Lelaki Ceraikan Isteri Setelah...

DUBAI - Hanya beberapa hari sahaja setelah bernikah, seorang lelaki di Dubai menceraikan...

Larian Obor Sukan SEA Ke-29 Tiba Di Pahang

KUANTAN – Larian Obor Sukan Sea ke-29 sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 secara rasminya bermula di Pahang hari ini.

Penyerahan obor itu berlangsung di pintu gerbang sempadan Terengganu-Pahang di Chendor di sini, disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching Datuk Zaili Besar, selaku wakil kerajaan Pahang.

Beliau menerima obor itu daripada wakil Terengganu, ADUN Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan sebagai simbolik penyerahan, Zaili turut berlari sejauh 3.2 kilometer.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Mohd Johari Hussain berkata, Pahang merupakan negeri ke-12 penerima obor itu, yang akan dibawa merentasi lima daerah Tok Gajah iaitu Kuantan, Pekan, Temerloh, Jerantut dan Bentong hingga Ahad ini sebelum diserahkan kepada Selangor.

“Larian Obor ini memberi peluang kepada rakyat di Pahang untuk turut serta dalam menjayakan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa itu, sekali gus menjadi sejarah kepada dunia sukan negara, walaupun bukan seorang atlet.


“Rakyat juga berpeluang menunjukkan sokongan padu mereka kepada atlet negara yang menggalas cabaran membawa nama Malaysia pada temasya sukan itu,” katanya.

Johari berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Zaili pada majlis itu di perkarangan Masjid Kampung Chendor di sini, hari ini.

Di Pahang, obor itu dijadualkan dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk  ke Taman Negara di Jerantut, iaitu destinasi pelancongan terkenal dunia, yang mana ia akan merentasi ‘Canopy Walk’ di situ, yang diiktiraf sebagai titian kanopi terpanjang di dunia dengan ketinggian lebih 45 meter dan panjang 510 meter. – BERNAMA

Kategori