• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapor Segera Kes Dadah Libatkan Guru, Pelajar

oleh Ahmad Albab
09/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah digesa untuk tidak melindungi serta melaporkan segera sebarang kes penyalahgunaan dadah melibatkan kakitangan, guru atau pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) merangkap Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata langkah itu perlu dibuat jika mahu usaha membanteras najis dadah, berjaya.

“Saya tidak mahu mana-mana bahagian pengurusan sama ada JPN, PPD atau sekolah, melindungi mana-mana individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program My Beautiful Pemadam di Kampung Segantang Garam dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penahanan seorang guru sekolah bersama 13 lagi individu yang disyaki terlibat dalam penagihan dadah, menerusi Op Segantang Garam yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini, semalam.

Tajul Urus yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai berkata, berdasarkan rekod, guru sekolah terbabit sudah tiga kali ditahan dan diberi amaran sebelum sekali lagi dicekup sewaktu mahu melepaskan gian, semalam.

“Guru berkenaan sebelum ini tidak berkhidmat selama setahun, tahun lepas, tetapi kita akan lihat kembali bagaimana dia boleh kembali mengajar di sekolah.

“Satu jawatankuasa khas akan diwujudkan segera bagi mencari alternatif agar keluarga tampil mendaftarkan anggota keluarga mereka yang terlibat dengan dadah, untuk kita bantu golongan itu bebas dadah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Tajul Urus turut menggesa pihak berkuasa agar dapat meneliti semula undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah memandangkan pelaksanaannya kini dilihat tidak memberikan impak positif.

Sementara itu, Program My Beautiful Pemadam hari ini yang melibatkan pelbagai pihak dan agensi, tertumpu kepada kerja membersihkan lokasi penagihan dadah di Kampung Segantang Garam, yang diserbu semalam, melibatkan kerja meroboh pondok penagih yang didirikan di sepanjang laluan sejauh lebih 200 meter, bersebelahan kolam ternakan udang dan hutan paya bakau.

Tajul Urus berkata, Kuala Muda merupakan antara daerah yang tertinggi jumlah penagih berdaftar di negeri ini, iaitu 1,180 orang bagi tempoh sehingga Jun tahun ini.

“Selain Segantang Garam yang mempunyai dua buah kampung iaitu Kampung Segantang Garam dan Kampung Kuala Segantang Garam, dua lagi lokasi aktif di Kuala Muda ialah Kota Kuala Muda dan Kongsi 11,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd