Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

Tol: MCA Dakwa PH...

KUALA LUMPUR – Calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Wabak Demam Tifoid Serang...

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang mengunjungi Long Urun, Sungai Asap, daerah Belaga,...

Jubah Abang ‘Sado’ Dikritik...

SEJAK beberapa tahun ini, fesyen baju tradisional lelaki mula bawa angin perubahan apabila pelbagai...

Mursyidul Am PAS Baru...

Kritikan tersebut disuarakan sendiri oleh AJK PAS setelah Mursyidul Am PAS  yang baru,...

Lagi Pembunuhan Umat Islam Di Myanmar

SETELAH enam bulan suasana di wilayah Rakhine tenang sejak awal tahun ini, kini Myanmar mencetuskan semula keganasan penghapusan etnik di negara itu.

Lebih seribu penduduk Islam Rohingya dibunuh sejak 2012 manakala 800 ribu melarikan diri dan menjadi pelarian di negara jirannya sama ada Bangladesh, Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Rakhine kembali bergolak pada 29 Jun lalu apabila tentera dan polis Myanmar mengetuai serangan di utara Maungdaw, membunuh lapan penduduk Islam manakala 1,000 yang lain melarikan diri.

Ini serangan berdarah terbaharu terhadap minoriti Muslim di 17 buah perkampungan di sekitar Maungdaw.

Minggu lalu, portal tempatan Rohingya Blogger mendedahkan serangan tentera dan polis kerajaan junta itu turut disertai ekstremis Buddha.

Serangan menyebabkan 1,000 penduduk lari ke hutan berdekatan, tetapi 500 berjaya ditahan tentera Myanmar. Hingga kini, tiada makkumat mengenai nasib mereka yang ditahan.

Semalam, seorang lagi penduduk Islam maut, manakala enam cedera diserang sekumpulan penduduk Buddha.


Ketegangan antara penduduk Islam dan Buddha kembali memuncak di Rakhine sejak tentera kerajaan melancarkan serangan sebagai tindak balas terhadap kematian seorang penduduk Buddha berdekatan perkampungan Rohingya.

Mangsa diserang ketika dalam perjalanan mendapatkan perlindungan di kem pelarian berdekatan Sittwe.

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan kenyatan Kapten Polis Pusat di Sittwe yang menyebut: “Mereka diserang dengan batu-bata oleh sekumpulan orang.”MYNEWSHUB.CC

Kategori