• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kota Kinabalu Wetlands Tapak Ramsar Ketujuh

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kota Kinabalu Wetlands telah ditetapkan sebagai tapak Ramsar ketujuh di Malaysia.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berterima kasih kepada kerajaan pusat terutama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar atas pengiktirafan terhadap usaha berterusan untuk memulihara ekosistem dan biodiversiti negara itu.

“Ini dicerminkan oleh komitmen kerajaan dalam pelbagai inisiatif seperti ‘Heart of Borneo’ dan Konvesyen Ramsar mengenai tanah bencah.

“Di Sabah, hutan hujan tropika dan tanah bencah mempunyai nilai yang sangat besar, keindahan luar biasa dan syurga bagi pelbagai tumbuhan dan haiwan.

“Justeru, pelbagai usaha pemuliharaan telah diambil bagi memastikan pengurusan hutan kita kekal lestari,” katanya.

Musa berkata kerajaan negeri komited terhadap pemuliharaan, seiring dengan komitmen terhadap Konvensyen Ramsar mengenai tanah bencah.

Selain daripada tapak di Kota Kinabalu itu, Musa berkata Tanah Lembab Hilir Kinabatangan-Segama juga telah ditetapkan sebagai sebuah tapak Ramsar, kawasan terbesar di Malaysia merangkumi tiga hutan simpan.

Beliau berkata melindungi biodiversiti dan ekosistem Tanah Lembab Hilir Kinabatangan-Segama yang sensitif kekal sebagai keutamaan kerajaan Sabah.

Ketua Menteri berkata kerajaan negeri juga telah mengesampingkan 30 peratus daripada keluasan tanahnya atau 2.2 juta hektar sebagai Kawasan Perlindungan Penuh (TPA) yang diharap dapat dicapai dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kawasan TPA semasa kita sudahpun melepasi sasaran 10 peratus IUCN (Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar ),” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd