• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontraktor Dan 13 Buruh Didakwa Curi Pasir

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Seorang kontraktor dan 13 buruh dihadapkan di Mahkamah Majistret Machang di sini, hari ini atas pertuduhan menjalankan aktiviti pengorekan dan pemindahan pasir tanpa kebenaran.

Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Amal Razim Alias.

Kesemua 14 tertuduh berkenaan ialah Muhammad Hakimi Hamzah, 32; Tengku Harunarashid Tengku Alias, 44; Muhamad Nur Arief Mat Husin, 18; Mohamad Farid Haziq Abd Rahim, 25; Norhisham Mah Hashim, 28; Mohd Saifulazan Mohd Sauffie, 29; Abdul Hadi Hamzah, 20; Zulkiflie Sulaiman, 33; Wan Ahmad Wan Ismail, 55; Ismail Mahmood, 57; Mohammad Faris Afizul Mohd Rozali, 20; Muhammad Abdul Aziz Hamzah, 23; Muhammad Saifful Amin Zahariman, 28, dan Mohamad Shahrul Nizam Mohamad Noor, 22.

Mereka, secara bersama-sama dituduh melakukan kesalahan itu di lokasi Jalan Tok Bok ke Selising, Mukim Tok Bok, Daerah Labok di sini pada 12.30 tengah hari, 23 Feb lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 426(1) Kanun Tanah Negara 1965 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya dari Bahagian Petugas Khas dan Pendakwaan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kelantan Mohd Helmi Mat Zin menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh.

Majistret Amal Razim membenarkan jaminan antara RM2,000 dan RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh selepas kesemua tertuduh memohon jaminan dikurangkan dengan pelbagai alasan.

Makamah menetapkan 28 Ogos bagi sebutan semula kes. – BERNAMA

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd