• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kompleks Sukan USIM Kemudahan Taraf Antarabangsa

oleh AK-47
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Kompleks Sukan Tunku Najihah (KSTN) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini  bersedia untuk menganjurkan lebih banyak kejohanan bertaraf antarabangsa susulan kejayaan beberapa acara yang diadakan sebelum ini, kata Pegawai Belia dan Sukan Kanan USIM Nur Ekmal Buhary.

Beliau berkata kompleks itu yang dilengkapi kemudahan sukan bertaraf antarabangsa pernah menjadi venue Kejohanan Memanah Antara Universiti Asia yang membabitkan lapan negara, Kejohanan Bola Sepak Bawah 16 Tahun AFC dan Kejohanan Futsal Wanita AFC.

“Antara kejohanan tempatan yang berlangsung di sini pula ialah  Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia, Sukan Bomba Malaysia, Sukan Tabung Haji Malaysia, Sukan Jabatan Pengairan dan Saliran, Sukan Felda dan Sukan UMW,” katanya ketika ditemui Bernama di majlis Silaturahim Aidilfitri Pusat Sukan USIM di KSTN di sini.

Sehubungan itu beliau mempelawa agensi dan juga persatuan sukan di dalam dan luar negara mengambil peluang memanfaatkan kemudahan di KTSN, sekali gus menyumbang dalam usaha melahirkan lebih ramai bakat-bakat  baharu.

Sementara itu, beliau berkata  Pusat Sukan USIM yang ditubuhkan pada Jun 2008 adalah selaras dengan matlamat membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

KSTN mula beroperasi pada 2011 dan antara kemudahan yang disediakan ialah empat padang bola sepak,  tiga gelanggang bola jaring, empat gelanggang sepak takraw, empat gelanggang tenis, tiga gelanggang bola tampar, dua gelanggang futsal, dua gelanggang bola baling, dua gelanggang bola keranjang selain gimnasium dan stadium mini yang boleh menampung 2,000 penonton.

KTSN yang terletak berhampiran Stadium Tertutup Nilai dan Velodrom Nasional Nilai juga menyediakan tempat letak kenderaan yang boleh memuatkan 1,000 kenderaan pada satu-satu masa. – BERNAMA

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd