• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Diminta Bertanding Pemilihan Semula DAP

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang bekas pengerusi cawangan DAP hari ini meminta penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya mengadakan dan bertanding dalam pemilihan semula parti itu seperti yang diarahkan RoS untuk membuktikan beliau tidak gentar terhadap Anggota Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw.

G. Asoghan, yang sebelum ini mengetuai cawangan Bagan Luar, berkata Kit Siang mesti menunjukkan kepada semua anggota DAP bahawa beliau tidak gentar pada Tan dengan mengadakan pemilihan semula yang adil menggunakan senarai bertarikh 15 Disember 2012, membariskan 2,576 anggota daripada 865 cawangan.

“Kami percaya pemilihan CEC (Jawatankuasa Eksekutif Pusat) pada 2012 telah dimanipulasi supaya Tan boleh disingkirkan oleh kerana Kit Siang tahu bahawa Tan lebih baik daripadanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata DAP mesti mengadakan pemilihan semula untuk memberi kuasa kepada perwakilan memilih CEC baharu dan memberi peluang kepada mereka yang kalah sebelum ini untuk bertanding sekali lagi.

Jumaat lepas, Ketua Pengarah RoS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan), Datuk Mohammad Razin Abdullah, dalam satu kenyataan, berkata pendaftaran DAP tidak akan dibubarkan tetapi parti itu mesti mengadakan pemilihan semula 20 anggota CEC susulan aduan daripada sesetengah anggota parti berhubung manipulasi undi.

Asoghan berkata DAP tidak harus menyalahkan RoS kerana mengeluarkan arahan itu memandangkan jabatan berkenaan hanya menjalankan tugasnya.

“Aduan diterima daripada anggota DAP dan kami percaya 68 calon yang bertanding dalam pemilihan 2012 mungkin mahukan pemilihan CEC baharu,” katanya.

Beliau menyifatkan sebagai tidak profesional tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang dilaporkan mengkritik arahan RoS itu sebagai kurang jelas serta bermotifkan politik.

“Jika senarai perwakilan pada 2012 berubah selepas empat tahun, DAP boleh mengemukakan bukti untuk menunjukkan bahawa ada anggota parti yang telah pun keluar daripada DAP atau meninggal dunia. Ini bukan suatu masalah besar dan pemilihan baharu masih boleh diadakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: DAPKit Siang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

02/07/2026
0

BATU PAHAT - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menyaksikan DUN Penggaram sekali lagi menjadi antara kerusi yang paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd