• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Lelaki Berkopiah UMNO 40 Tahun Di Perth

oleh
08/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERTH – Mungkin ramai boleh menilai sendiri sejauh mana rakyat Malaysia tahu jasa pengorbanan UMNO selama 71 tahun khususnya kepada mereka yang sudah pun lama berada di luar negara.

Jika bukan kerana nama imej positif Malaysia yang disegani di seluruh dunia sejak mencapai kemerdekaan hampir enam dekad, mampukah negara lain pula ingin menghormati rakyat Malaysia yang menetap di negara mereka.

Terbaharu, kisah seorang warga Malaysia dikenali Haji Khalid dan dikatakan sudah lama menetap di ibu negeri Australia Barat selama 40 tahun sehingga menarik minat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Apa yang menyentuh perasaan beliau apabila mendapati lelaki Melayu berusia emas tersebut masih lagi ‘setia’ menyarungkan kopiah dengan logo UMNO meskipun berada jauh di negara asing kira-kira empat dekad lamanya.

Perkara tersebut turut dikongsikan Najib yang juga Presiden UMNO menerusi akaun Twitter rasminya selepas beliau selesai menjalani solat fardu Jumaat di sebuah masjid di Perth bersama-sama ramai jemaah tempatan.

Kisah Lelaki Berkopiah UMNO 40 Tahun Di Perth

Cerita pengalaman unik Najib itu menerima respons positif ramai netizen kerana ia menggambarkan semangat Haji Khalid tetapi ‘kenang budi’ UMNO sebagai parti tunjang Malaysia waima berada di perantauan sejak usia muda.

Secara kebetulan, jika benar dia berada di Perth sejak 1977, ini bermakna Haji Khalid menetap di Australia setahun selepas Najib mula aktif berpolitik susulan ayahandanya, allahyarham Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia.

Ramai masyarakat Melayu bukan sahaja dari Malaysia, malah Singapura dan Brunei menetap di Perth kerana lokasi strategik hanya lima jam penerbangan selain tidak sukar mencari banyak masjid dan kemudahan makanan halal.

Ia sekali gus menyaksikan pejabat Konsul Besar Malaysia selain Persatuan Melayu Australia Barat diwujudkan di sini demi membantu kebajikan komuniti itu selain membina rangkaian perhubungan luas jika berlaku kecemasan.

Najib yang berada di Australia untuk bercuti, pernah berkunjung ke Perth pada 2014 bertemu rakan sejawatannya ketika itu, Tony Abbott ekoran insiden kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Najib Tun RazakUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

Rakyat Johor Tahu Siapa Sebenarnya Sombong Dan Bongkak, Akan Tunjuk Di Kertas Undi – Akmal Saleh

Rakyat Johor Tahu Siapa Sebenarnya Sombong Dan Bongkak, Akan Tunjuk Di Kertas Undi – Akmal Saleh

17/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd