• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Cadangan Alam Sekitar Subjek Sedang Disediakan

oleh AK-47
17/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kertas cadangan bagi menjadikan aspek alam sekitar sebahagian sukatan pelajaran sekolah sedang disediakan dan dijangka siap hujung tahun ini.

“Buat masa ini belum dapat dipastikan lagi sama ada subjek ini akan dimasukkan bawah subjek sains atau sosial kerana ia mengandungi kedua-dua elemen tersebut.

“Setakat ini, persetujuan di peringkat kedua-dua kementerian sudah di peringkat jawatankuasa teknikal dan jika kertas cadangan dapat disiapkan hujung tahun ini, perkara tersebut dapat dibentangkan di parlimen tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Pemeliharaan Alam Sekitar dan Inovasi (EPIC) di Pusat Kualiti Alam, dekat sini hari ini.

Wan Junaidi berkata silibus berkenaan alam sekitar penting sebagai pendidikan awal dalam membentuk masyarakat Malaysia terutamanya generasi baharu akan kepentingan mencintai, menjaga dan memulihara alam sekitar,” katanya.

Terdahulu semasa berucap, Wan Junaidi berkata EPIC, pusat kecemerlangan pengurusan sisa Malaysia, menyasarkan untuk menjadi pusat kecemerlangan negara bagi membangunkan pengetahuan dan menyediakan penyelesaian inovatif untuk spektrum lengkap persekitaran lestari dan tenaga diperbaharui.

“EPIC akan mengadakan latihan dan menjalankan penyelidikan dalam bidang berkaitan sisa buangan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga rantau Asia,” katanya.

Terletak di atas tapak seluas 2.185 hektar di Cenviro Eco Park, EPIC diasaskan atas empat tonggak pembangunan merangkumi pembangunan positif modal insan, inovasi dan teknologi maju, ekonomi hijau serta kesedaran alam sekitar dan tanggungjawab sosial. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd