• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perlu Ikut Ketetapan Mahkamah! – PKR

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana menyeru umat Islam supaya bersatu dalam berhadapan dengan kontroversi keputusan mahkamah menetapkan anak yang dilahirkan secara luar nikah layak berbinkan kepada nama bapanya sendiri.

Ahli Majlis PKR, Latheefa Koya yang juga seorang peguam berkata, keputusan Mahkamah Rayuan itu telah mengikat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kerajaan secara sah, maka Malaysia perlu mematuhi keputusan mahkamah tersebut kecuali keputusan itu diketepikan Mahkamah Persekutuan.

“Saya belum pernah menyaksikan keadaan di mana seorang Timbalan Perdana Menteri begitu tidak menghormati proses kehakiman,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahkamah Rayuan baru-baru ini memutuskan anak yang dilahirkan secara luar nikah layak di sisi undang-undang untuk berbinkan kepada nama bapanya sendiri.

Mahkamah berpendirian, Ketua Pengarah JPN telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ‘Abdullah’ sebagai nama bapa kepada kanak-kanak dalam satu kes.

Ramai pemimpin Pakatan Harapan termasuk Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Faiz Fadzil menyatakan sokongan keatas keputusan mahkamah tersebut.

Bagi beliau, fatwa cuma bersifat nilai panduan (persuassive value) dan bukannya nilai mengikat (binding value), malah fungsi mufti berbeza dengan hakim.

Malah, katanya, mufti membuat fatwa hanya berasaskan pertanyaan dan soalan sedangkan hakim membuat keputusan dengan fakta dan panduan undang-undang.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut menyokong keputusan mahkamah dengan berpandangan ia dapat menghindarkan mentaliti ‘islam agama hukuman.

Latheefa seterusnya mendakwa keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia berhubung anak luar nikah ber-binkan Abdullah pada tahun 1981 adalah salah disisi Islam.

Beliau memetik ayat al-Quran “Seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) dan sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.”

Dakwa beliau, Surah an-Najm ayat 38-39 itu menunjukkan bahawa setiap anak itu dilahirkan tanpa dosa dan tidak boleh diaib atau dihukum kerana dosa-dosa ibu bapa mereka.

“Dalam apa keadaan sekalipun, fatwa berkenaan isu ini tidak adil,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Latheefa KoyaPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd