• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Atasan DAP Tak Sain Kenyataan Kecam Israel?

oleh Ahmad Albab
26/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan dalam satu kenyataan rasmi hari ini mengutuk tindakan biadab Israel menutup Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis demi mengambil hati umat Islam negara ini.

Kenyataan itu ditandatangani secara bersama oleh wakil DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN)

PKR mewakilkan Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, manakala PPBM diwakili oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden PAN, Datuk Dr. Mujahid Yusof mewakili PAN.

Bagaimanapun, DAP sekadar mewakilkan pemimpin muda Melayu DAP bertaraf Penolong Setiausaha Publisiti yang pernah terpalit dengan skandal pergaulan bebas iaitu Zairil Khir Johari bagi menandatangani kenyataan itu.

Situasi agak pelik itu sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah DAP benar-benar ikhlas dalam menandatangani kenyataan rasmi itu kerana tidak ditandatangani pimpinan tertingginya seperti Lim Kit Siang atau anaknya, Lim Guan Eng.

“Dengan menghalang hak umat Islam untuk beribadat di Masjid Al-Aqsa, rejim Israel secara terang-terangan telah mencabuli Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dan Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966 yang mana Israel adalah signatori,” kata kenyataan bersama Pakatan Harapan itu.

Pakatan Harapan yang diterajui parti liberal dan sekular DAP dalam kenyataan itu seterusnya meminta supaya arahan penutupan Masjid Al-Aqsa oleh rejim Zionis dihentikan segera.

Blok pembangkang tersebut bagaimanapun mengingatkan, bukan hanya umat Islam marah dengan tindakan Israel itu, sebaliknya semua penganut agama lain turut membantahnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd