• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelibat Pemimpin PAS Lipis Curi Tumpuan Najib

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Kehadiran Anggota Jawatankuasa PAS Lipis Mahyudin Ghazali ke Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lipis di sini hari ini mencuri perhatian anggota UMNO termasuk presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir bagi merasmikan persidangan itu.

Najib yang dimaklumkan tentang kehadiran pemimpin PAS tempatan itu berkata belum pernah berlaku dalam sejarah apabila pemimpin PAS datang ke majlis perasmian mesyuarat UMNO.

“Jarang dalam persidangan UMNO ada orang pas. Man … (Ketua UMNO Bahagian Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamad) ini merupakan satu kejayaan,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lipis Di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Difahamkan Mahyudin hadir ke majlis berkenaan atas kapasiti sebagai Imam Masjid Kampung Tempoyang menerima peruntukan RM1.5 juta diumumkan Najib, untuk membaik pulih masjid kampung berkenaan, selepas menerima permohonan daripada Abdul Rahman.

Selain itu, Najib turut mengumumkan peruntukan mesin pengimbas untuk kegunaan Hospital Lipis.

​​​​​​​Sementara itu, Najib menganggap lawatannya ke Lipis seperti balik kampung kerana di sinilah beliau dilahirkan 64 tahun lalu.

“Rasa terharu lagi tersentuh hati apabila beberapa perwakilan bersalaman dan sempat ucapkan ‘selamat pulang Datuk Seri’. Memang tidak ada tempat lain yang akan sebut ayat itu kecuali di Lipis kerana di sinilah saya rasakan memang ke kampung.

“Kira-kira 64 tahun lalu pada 23 Julai di sebuah rumah Setiausaha Kerajaan Negeri di Bukit Bius, bermulalah perjalanan insan bernama Najib Razak yang kini jadi Presiden Parti UMNO dan Perdana Menteri Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kajian Projek Terowong, Jambatan Ke-3 Belum Terima

Next Post

Malaysia Komited Pertahan Makkah, Madinah

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Malaysia Komited Pertahan Makkah, Madinah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd