• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Komited Pertahan Makkah, Madinah

oleh Ahmad Albab
31/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia akan bersama-sama kerajaan Arab Saudi untuk mempertahankan kesucian dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah, daripada sebarang ancaman pengganas.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ini berikutan serangan peluru berpandu ke atas negara itu yang dilancarkan oleh puak Houthi Yaman pada Khamis lalu.

“Pendirian Malaysia mengenai keselamatan dan kestabilan di Arab Saudi adalah jelas, lebih-lebih lagi bersama-sama mereka dalam mempertahankan dua kota suci, Makkah dan Madinah daripada ancaman pengganas.

“Perancangan yang rapi dalam usaha menyelesaikan konfilik ini perlu diteruskan khususnya ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah Haji,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian Bandar Tun Razak, hari ini.

Hishamuddin yang juga Menteri Tugas-tugas Khas berkata beliau semalam telah berhubung dengan Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Bin Salman bagi berkongsi maklumat mengenai serangan itu.

“Alhamdulillah, hubungan Malaysia dengan negara-negara Teluk cukup rapat dan mereka tidak berkeberatan untuk berkongsi maklumat secara terperinci,” katanya.

Pasukan keselamatan Arab Saudi pada Khamis (27 Julai) memintas sebuah peluru berpandu balistik, dikenali sebagai ‘Burkan-1’, yang disasarkan 69 kilometer dari Makkah di kawasan Al-Wasliya di Wilayah Yaif.

Menurut laporan media antarabangsa, puak Houthi pada Jumaat mengesahkan melancarkan peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi, namun berkata serangan itu disasarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, lapangan terbang paling sibuk di negara itu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan tersebut.

Wisma Putra dalam satu kenyataan mengutuk serangan berpandu ke atas Arab Saudi itu dan menyifatkan perbuatan keji yang dilancarkan oleh puak Houthi Yaman itu boleh mengancam keselamatan jemaah haji. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd