Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Tonjolkan Kreativiti Semarakkan Bulan...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu menggesa orang ramai menonjolkan inisiatif dan kreativiti mereka bagi...

Hampir 50,000 Anggota JPAM...

MELAKA - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersiap siaga untuk mengerah 49,800 anggota...

Datuk, Nenek Zayn Rayyan...

PETALING JAYA - Datuk dan nenek kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin...

Dua PPS Beroperasi Di...

KUANTAN - Seramai 53 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan...

Kelantan Mungkin Turun Tanpa Gomis Berdepan MU

KOTA BHARU – Pasukan Kelantan mungkin beraksi tanpa pemain tengah Morgaro Gomis apabila menentang Melaka United pada saingan Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam esok.

Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail berkata perancangan pasukan berdepan Melaka United sedikit terjejas berikutan pemain import dari Perancis itu mengalami kecederaan di buku lali kanan ketika perlawanan menentang Universiti Teknologi Mara (UiTM FC) pada saingan sama, Selasa lepas.

“Pasukan sedikit bimbang dengan kecederaan menimpa Morgaro Gomis…berkemungkinan beliau tidak dapat diturunkan malam esok,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kelantan kini mendahului Kumpulan C selepas menang 3-1 ke atas UiTM FC pada perlawanan pembukaan di Stadium Sultan Muhammad IV, itu.

Zahasmi berkata perlawanan malam esok penting untuk Kelantan memperoleh tiga mata penuh bagi menjarakkan kedudukan daripada tiga lagi pasukan dalam kumpulan berkenaan​​​​​ iaitu Kedah, Melaka United dan UiTM FC.


“Malam esok, pemain wajib mencipta kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan pasukan sebagai pendahulu kumpulan untuk memastikan kita layak ke peringkat seterusnya,” kata beliau.

Beliau mengingatkan pemainnya supaya berwaspada dengan kebangkitan pasukan Melaka United walaupun pada perlawanan pembukaan Selasa lepas, pasukan berkenaan tewas kepada Kedah.

“Kita bawa semangat kemenangan 3-1 ke atas UiTM FC tempoh hari, sebagai bekalan untuk bertemu Melaka United, dan pemain perlu berusaha mencari kemenangan,” katanya. – BERNAMA

Kategori