• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Moral Pemain Lemah Pengadil Beri Penalti – Zahasmi

oleh Ahmad Albab
13/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail mengakui moral pemainnya yang lemah menjadi punca pasukannya tewas di halaman sendiri pada aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

Beliau berkata walaupun mereka mendahului JDT 2-0 pada awal permainan, namun disebabkan beberapa keputusan pengadil perlawanan Md Nazmi Nasaruddin telah memberi kesan kepada para pemain.

“Saya lihat semangat pemain saya mula lemah selepas pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti kepada pasukan JDT pada minit ke-29.

“Sebagai seorang jurulatih, saya melihat mutu pengadil juga mencorakan permainan pasukan saya. Mungkin beberapa keputusan kurang tepat dilakukan oleh pengadil membuatkan pemain saya sedikit kecewa,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Zahasmi berkata beliau menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi melakukan tindakan susulan berkaitan keputusan pengadil perlawanan tersebut kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Mungkin pihak kami akan menghantar video perlawanan kepada FAM untuk diteliti kembali keputusan yang dilakukan oleh pengadil perlawanan terutamanya tindakan memberikan sepakan penalti kepada pasukan lawan.

“Walaupun kami mengetahui kami tidak boleh mempertikai keputusan pengadil, namun pihak kami akan melakukan sesuatu yang terbaik untuk dijadikan sebagai pengajaran,” katanya.

Kelantan tewas 2-3 kepada JDT yang gol Kelantan dijaringan Muhamad Ghaddar pada minit ke-5 dan ke-15 manakala gol JDT dijaringkan Safiq Rahim pada minit ke-20, Gabriel Migual Guerra (penalti minit ke-29) dan Gonzalo Gabreil Cabrera minit ke-30.

Sementara itu, Ketua Jurulatih JDT Benjamin Mora menyifatkan kemenangan mereka ke atas Kelantan merupakan bonus bagi pasukannya yang bermain di gelanggang lawan.

Beliau berkata menentang Kelantan adalah satu perlawanan yang sukar kerana pasukan tuan rumah mempunyai semangat yang tinggi untuk menang namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Kelantan kekal berada pada kedudukan keenam liga selepas sembilan perlawanan dengan mengumpul 12 mata hasil daripada empat kemenangan dan lima kalah. – BERNAMA

Tags: JDTKelantanZahasmi Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

24/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengisytiharkan 25 Mei ini sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul...

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd