• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedai Sembelih, Jual Daging Anjing Di Sibu Diserbu

oleh
12/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ini bukan premis di China atau Vietnam tetapi berlaku di Malaysia malahan lebih dahsyat di Sarawak yang kini kecoh dengan penularan wabak penyakit rabies atau anjing gila.

Aktiviti haram seorang pengusaha gerai makanan yang bebas menyembelih serta menjual daging anjing di Lorong Rambutan, Sibu akhirnya terbongkar selepas suspek berjaya ditahan pihak polis dalam operasi khas semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah berkata, lelaki berusia 54 tahun itu yang juga pemilik premis tersebut ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan menyembelih dan menjual daging anjing.

Turut dirampas ialah dua ketul daging haiwan najis berat mughallazah itu. Menurut beliau, suspek juga mengaku sudah lama terlibat aktif dalam kegiatan tidak bermoral tersebut dan akan direman untuk siasatan lebih lanjut.

Turut serta dalam serbuan kira-kira pukul 2.35 petang itu ialah pegawai-pegawai daripada Jabatan Veterinar Sibu dan Majlis Perbandaran Sibu. Daging anjing itu ditemui sudah dibersihkan dan disimpan dalam sebuah peti sejuk.

Media tempatan melaporkan bahawa daging anjing berkenaan akan diperiksa di sebuah makmal sains untuk mengenal pasti usia sebenar haiwan mamalia tersebut disembelih dan sama ada ia dijangkiti dengan rabies.

Serbuan secara mengejut ole pihak berkuasa itu dilakukan ekoran kebimbangan penduduk terhadap peningkatan wabak anjing gila di Sarawak yang sudah meragut nyawa mangsa tidak berdosa di daerah Serian pada 4 Julai lalu.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Sarawak mengesahkan terdapat satu lagi kes baharu rabies dari Kampung Ampungan, Serian selepas melalui ujian makmal sekali gus menjadikan empat kes berjaya dicatatkan di negeri itu.

Dua beradik, Jackson Mazlan, 4, dan kakaknya, Monica, 6, meninggal dunia kerana penyakit itu manakala seorang lagi dilaporkan masih kritikal dan tenat di Hospital Umum Sarawak di sini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: anjingsarawak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd