• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Di Camden Market Berjaya Dikawal

oleh AK-47
10/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Kebakaran di pusat tumpuan pelancongan di London, Camden Market awal pagi tadi, berjaya dikawal dalam masa kira-kira dua jam, lapor agensi berita China Xinhua.

“Api telah dapat dikawal sepenuhnya, bagaimanapun anggota masih ditempatkan di lokasi kebakaran sebagai langkah berjaga-jaga,” demikian menurut maklumat terbaharu kebakaran menerusi Twitter pasukan bomba dan penyelamat tempatan pada 0220 GMT.

Kebakaran dipercayai berlaku waktu tengah malam dan berdasarkan maklumat terkini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Tingkat satu hingga tiga bangunan berkenaan hangus dijilat api yang marak sehingga ke bumbung bangunan. Kira-kira 70 anggota bomba dan penyelamat dengan dibantu 10 jentera  bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan, katanya.

Lokasi pelancongan popular itu mempunyai lebih 1,000 lot kedai, gerai dan tempat hiburan terbuka.

Kebakaran besar pernah berlaku di pasar itu pada Februari 2008 menyebabkan sebahagian besar perniagaan tidak dapat dijalankan.

Kebakaran di Camden Market berlaku hanya beberapa minggu selepas insiden kebakaran bangunan pangsapuri kediaman 27 tingkat di London 14 Jun lalu.

Laporan menyebut penggunaan bahan yang mudah terbakar ketika proses pengubahsuaian bangunan menyebabkan api marak dengan cepat dalam kebakaran yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 80 mangsa itu. – BERNAMA

Tags: Camden Marketkebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd