• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPNIN Naik Taraf Kelengkapan 200 Tabika

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) memperuntukkan kira-kira RM1 juta untuk menaik taraf kemudahan pembelajaran di 200 buah Tabika Perpaduan di seluruh negara pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata peruntukan itu melibatkan penukaran kelengkapan seperti meja pelajar, meja guru dan almari.

“JPNIN juga sedang dalam perancangan untuk menaik taraf lain-lain kemudahan seperti keadaanpersekitaran tabika supaya lebih sesuai dan selesa untuk kanak-kanak belajar,” katanya kepada pemberita selepas melawat Tabika Perpaduan Taman Sri Muda Zon D di sini, hari ini.

Dalam lawatan itu, Kurup turut menyampaikan sumbangan kepada 10 keluarga kurang berkemampuan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata selain menaik taraf kemudahan, JPNIN juga memberi tumpuan untuk memperkasakan kemahiran guru yang mengajar di tabika perpaduan.

“Kini seramai 184 guru Tabika Perpaduan di seluruh negara sedang melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, dan dijangka tamat pengajian pada 2018 nanti.

“Pemerkasaan kemahiran guru-guru ini penting bagi kita untuk membentuk generasi akan datang yang lebihberdaya saing,” kata Kurup.

Setakat Februari ini, terdapat 1,739 guru tabika dan 1,732 pembantu guru tabika mengajar di 1,781 Tabika Perpaduan di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Joseph Kurup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jauhi Isu Agama & Perkauman Dalam PRU14

04/04/2018
0

PUTRAJAYA - Parti politik dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diingatkan tidak memainkan isu-isu sensitif seperti...

16 Koperasi Rukun Tetangga Bakal Ditubuh Tahun Ini

25/03/2018
0

LANGKAWI - Sebanyak 16 koperasi Rukun Tetangga akan ditubuhkan tahun ini sebagai strategi berterusan untuk melibatkan badan komuniti tersebut dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd