• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenayah Kebencian Anti-Islam Di AS Meningkat

oleh AK-47
19/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Jenayah kebencian anti-Islam meningkat 91 peratus pada separuh pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR).

CAIR berkata, sejak organisasi hak asasi manusia memulakan sistem dokumentasi pada 2013, jumlah itu meningkat untuk tempoh sama pada 2016 yang juga merupakan tahun terburuk bagi kejadian anti-Islam, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

Jumlah kejadian bias atau memandang serong terhadap orang Islam pada separuh pertama tahun ini juga meningkat 24 peratus.

Penyelaras Jabatan Pemantauan dan Memerangi Islamophobia CAIR, Zainab Arain berkata, kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan pentadbirannya, menyuntik sifat ketaksuban dan kebencian yang menyebabkan penduduk Islam Amerika dan kumpulan minoriti lain dijadikan sasaran.

“Jika tanggapan dan sikap memandang serong memberikan kesan berterusan kepada masyarakat Islam Amerika, 2017 boleh menjadi antara tahun terburuk,” katanya.

Sementara itu, menurut CAIR jenis kejadian paling kerap dilaporkan pada suku kedua 2017 ialah gangguan yang ditakrifkan sebagai insiden tidak ganas atau mengancam diikuti keganasan fizikal atau kerosakan harta benda.

Latar belakang atau negara asal mangsa dilihat menjadi faktor utama kepada perbuatan anti-Islam yang menyumbang 32 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Sebanyak 20 peratus kejadian berlaku kerana individu dianggap sebagai Muslim. Kejadian membabitkan wanita bertudung pula menyumbang sebanyak 15 peratus,” katanya.

Data direkodkan menerusi laporan kes yang diambil CAIR setiap tahun dengan setiap kes akan dipastikan kesahihannya.

Laporan CAIR 2016, menunjukkan insiden kebencian anti-Islam meningkat 40 peratus berbanding 2015, meningkat 44 peratus dalam jenayah kebencian yang mensasarkan umat Islam manakala kejadian memandang serong terhadap orang Islam pula meningkat 57 peratus. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd