Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Jerman Berdepan Krisis Tisu...

BERLIN – Jerman diramal berdepan masalah kekurangan tisu tandas dan kertas kadbod sekiranya...

Nekad Rempuh Cermin Depan,...

SEORANG lelaki cedera parah dan tersangkut di cermin penghadang angin sebuah bas setelah...

2 Lagi Kes Baharu...

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura telah mengesahkan dua lagi kes positif jangkitan...

Pengurusan, Persediaan Bencana Kekal...

PUTRAJAYA - Pengurusan dan persediaan menghadapi bencana kekal sebagai keutamaan Malaysia yang menyaksikan...

JBPM Kedah Mahu Malim Gunung Sertai Bomba Bantuan

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berhasrat menarik lebih banyak penyertaan malim gunung di negeri ini untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Bomba Bantuan khusus untuk aktiviti mencari dan menyelamat di Gunung Baling dan Gunung Pulai.

Pengarahnya, Abdul Razak Muda berkata ia adalah sebagai persediaan untuk pasukan itu menghadapi sebarang kecemasan dan bertindak dengan lebih cepat memandangkan dua gunung tersebut kini menjadi tumpuan para pendaki gunung selain sudah terjadi beberapa kes seperti sesat, kebakaran dan terjatuh ketika mendaki gunung.

Beliau berkata setakat ini seramai 41 malim gunung telah diberi latihan asas menerusi Search and Rescue Kedah (SARKED) dan penyertaan dalam pasukan Bomba Bantuan akan meningkatkan lagi tahap kemahiran mereka di gunung tersebut.

“Penyertaan mereka dalam pasukan ini juga membolehkan mereka dibayar elaun serta mereka mendapat latihan profesional memandangkan mereka sangat berkemahiran tentang selok belok di gunung tersebut,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka JBPM Kedah di Balai Bomba Jalan Tun Razak, di sini hari  ini.

Setakat tahun ini,  JBPM Kedah berjaya mengendaikan tiga kes orang hilang hasil kerjasama dan bantuan malim gunung.


​​​​​​​​​​​​​​Dalam pada itu, Abdul Razak berkata pihaknya akan memperbanyakkan program Bomba Komuniti secara berperingkat memandangkan ketiadaan pengambilan baharu bagi perjawatan bomba sepenuh masa tahun ini.

Ini, katanya, melibatkan pengambilan seramai 168 orang bagi mengisi kekosongan di tujuh balai Bomba dan Penyelamat yang sedang dibina dan akan siap menjelang tahun 2018 di negeri ini.

Program Bomba Komuniti bertujuan untuk memperluaskan kesedaran awam mengenai kepentingan pencegahan kebakaran dan tindakan awal sekiranya berada dalam kecemasan. – BERNAMA

Kategori