• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Percaya Sindiket Tawar Lesen Memandu

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Orang ramai diminta tidak mudah percaya dengan sindiket yang menawarkan perkhidmatan mendapatkan lesen memandu tanpa perlu menjalani ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tersebar di media sosial terutama Facebook.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata sebelum ini ada pihak yang menjual lesen memandu palsu pada harga antara RM1,000 sehingga RM1,500 yang tidak akan disenaraikan dalam sistem JPJ.

“Perkara ini kita telah laporkan kepada polis untuk siasatan lanjut kerana ia tidak benar dan semalam kes yang sama muncul di Perak dan hal ini ada dalam perhatian kita.

Setakat ini perkhidmatan dalam talian hanya boleh dibuat pada portal rasmi JPJ sahaja dan hanya ada tujuh transaksi sahaja yang boleh dibuat dalam portal kita,” kata beliau yang ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah JPJ Negeri Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri merangkap Anggota Dewan Undangan negeri Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang.

Kata beliau, sehingga kini pihaknya tidak melantik mana-mana ejen untuk membuat sebarang perkhidmatan.

“Perkara ini berlaku kebiasaannya berlaku apabila mangsa melakukan transaksi dalam talian untuk mendapatkan lesen tapi tertipu. Kebanyakan mereka telah membuat pembayaran tetapi lesen palsu tidak sampai kepada mereka.

Saya nasihatkan kepada orang ramai terutamanya jika ada apa-apa dalam Facebook mengenai kita (JPJ) atau apa-apa agensi kerajaan, sila rujuk terlebih dahulu sama ada perkara itu sahih ataupun tidak,” katanya.

Sehingga kini sebanyak 282 siri program SKSJ telah dilaksanakan di seluruh negara dan lebih 12,291 calon berumur 45 tahun ke atas mendapat manfaat daripada program berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Wan Ahmad Uzir Wan SulaimanJPJlesen memandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd