• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Berisiko Rasuah Wajar Tandatangani IBR

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Ikrar Bebas Rasuah (IBR) wajar dimeterai oleh setiap jabatan dan agensi kerajaan termasuk swasta khususnya organisasi yang berisiko sebagai menyokong usaha menghapuskan amalan rasuah di negara ini.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis, Yaacop Angah berkata kesanggupan agensi atau pihak yang menandatangani IBR perlu dipuji kerana menunjukkan mereka komited terhadap amalan berintegriti.

“Sebaiknya semua agensi harus tampil menandatangani IBR ini. Sepatutnya jabatan yang melibatkan pengurusan kewangan dan aset termasuk projek yang berkapasiti besar perlu terpanggil untuk melakukannya.

Apabila integriti menjadi amalan ia memaparkan ketelusan sesebuah agensi itu kerana rasuah ini ada di mana-mana apabila ada ruang dan peluang dan hanya yang berintegriti yang mampu menolak rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPRM Perlis di Bangunan Persekutuan di sini hari ini.

Yaacop berkata beliau amat berbangga kerana Kerajaan Negeri Perlis merupakan negeri yang keempat menyahut saranan melaksanakan IBR.

Bagaimanapun SPRM masih berharap dan menyeru agar setiap jabatan dan agensi di negeri ini khususnya tidak memandang remeh perkara berkaitan integriti dalam memerangi rasuah, katanya.

Menurut Yaacop, secara keseluruhannya beliau mengakui masih sedikit jabatan yang menyahut saranan untuk melaksanakan IBR di negeri ini, tetapi jabatan yang ada menyuarakan untuk melaksanakan IBR agak menggalakkan.

“Tidak sampai 10 peratus yang sudah melaksanakan IBR di negeri ini jika dibandingkan dengan hampir lebih 70 agensi yang wujud di negeri ini.

Bagaimanapun jika agensi berkepentingan di negeri ini iaitu MPK (Majlis Perbandaran Kangar), SUK, (Setiausaha Kerajaan Negeri) dan MAIPs (Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis) sudah melakukan IBR, yang lain diharap akan mencontohi,” katanya. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRMYaacop Angah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd