• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

India Mulakan Pelaksanaan GST 5% Hingga 28%

oleh Ahmad Albab
02/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – India hari ini memulakan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) iaitu pembaharuan cukai terbesarnya dalam tempoh 70 tahun yang disasarkan kerajaan dapat mentransformasi ekonomi bernilai AS$2 trilion dalam tahun-tahun akan datang.

Ia melibatkan empat jenis cukai dengan kadar terendah bagi barangan perlu ditetapkan pada lima peratus manakala produk dan perkhidmatan mewah pengguna sebanyak 28 peratus.

Kalangan pemimpin kerajaan serta perniagaannya menghadiri majlis pelancaran cukai berkenaan di Dewan Utama Parlimen India, tengah malam tadi.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Manmohan Singh yang juga antara arkitek utama usaha pembaharuan ekonomi India pada awal 1990-an, memilih untuk menjauhkan diri.

Manakala Parti Kongres yang juga pembangkang utama dan sekutunya pula bertindak memboikot acara yang mereka labelkan sebagai satu gimik.

Namun, Perdana Menteri, Narendra Modi menegaskan bahawa langkah itu lebih daripada sekadar pembaharuan cukai kerana dapat memacu perkembangan ekonomi serta sosial negara itu.

“GST ini akan mengubah setiap negeri India sebagai satu pasaran yang seragam. Ada kira-kira 500 jenis cukai dengan matlamat tertentu.

“Namun kita menamatkannya hari ini. Dari Ganganagar sehingga ke Itanagar serta Leh ke Lakshadweep, inilah satu cukai seragam untuk satu negara,” tegasnya.

Sementara itu, Presiden India, Pranab Mukherjee pula menyifatkan sistem cukai baharu itu sebagai perubahan penting dan yakin sebarang masalah awal pelaksanaannya akan dapat diatasi.

“Ia menyamai langkah pelaksanaan cukai yang ada nilai tambah yang pastinya akan berdepan bantahan awal. Malah, apabila perubahan sebesar ini dilaksanakan, walau positif mana pun ia, pasti akan ada masalah dan kesukaran di peringkat awal,” katanya pada majlis pelancaran berkenaan.

Menteri Kewangan, Santosh Gangwar pula menganggap pelaksanaan GST itu sebagai satu detik bersejarah.

“Kalangan pengguna akan mendapat manfaat menerusi GST ini. Kita akan meneliti semula cukai itu jika ada sebarang keperluan untuk berbuat demikian,” katanya.

Usaha pelaksanaan rejim cukai baharu itu di semua 29 negeri India dan tujuh Wilayah Persekutuannya, dijangka berdepan cabaran.

Ini kerana kebanyakan perniagaan kecil negara itu mengalami kekurangan sumber serta aspek digital bagi mematuhi keperluan GST berkenaan. – BERNAMA

Tags: GSTIndia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Thailand Kurang Senang Dengan Pelancong India?

Thailand Kurang Senang Dengan Pelancong India?

11/06/2026
0

Oleh Mynewshub BANGKOK – Thailand melaksanakan perubahan besar terhadap dasar kemasukan pelancong asing dengan menamatkan kemudahan visa bebas (visa-free) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd