• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Mula Lakukan Operasi Buru PATI

oleh Ahmad Albab
02/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Jabatan Imigresen mula melakukan operasi besar-besaran memburu  Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebaik sahaja tempoh permohonan kad sementara Enforcement Card (E-Kad) tamat tengah malam tadi.

Operasi diketuai sendiri ketua pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali yang menyerbu dua asrama pekerja di Batu 7 Kapar, Klang bersama sepasukan 86 pegawai dari Jabatan Imigresen Selangor dan Putrajaya.

Dalam serbuan itu, seramai 239 pekerja asing diperiksa dan didapati 51 daripada mereka termasuk 12 wanita tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih tempoh.

Mustafar berkata PATI yang ditahan memberikan pelbagai alasan tidak memohon E-Kad, antaranya tidak tahu tarikh tamat memohon dan majikan memberitahu tempoh permohonan E-Kad akan dilanjutkan.

“Di sini saya ingin tegaskan tarikh tamat permohonan tidak akan dilanjutkan, kita sudah memberikan tempoh yang cukup kepada pekerja asing dan majikan untuk membuat permohonan E-Kad, malah kami juga telah meminta kerjasama dari kedutaan negara sumber untuk melakukan hebahan mengenai E-Kad,” katanya kepada pemberita selepas tamat operasi selama kira-kira dua jam itu.

​​​​Mustafar berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan majikan dan PATI yang didapati tidak mempunyai sebarang dokumen dan operasi memburu PATI akan dilakukan setiap hari.

E-Kad merupakan pengesahan sementara bagi menggantikan dokumen perjalanan yang sah untuk membolehkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen terus bekerja di sini.

Kad berkenaan bagaimanapun akan tamat tempoh pada 15 Feb tahun depan dan sebelum tempoh berkenaan pemegang kad berkenaan perlu mendapatkan dokumen perjalanan yang sah dari kedutaan negara masing-masing bagi tujuan permohonan permit kerja atau akan berdepan dengan pengusiran.

Hanya 23 peratus atau 161,056 PATI didaftarkan sehingga 10 malam tadi, iaitu dua jam sebelum tempoh akhir pendaftaran tamat pada 12 tengah malam.

Ia melibatkan 28,375 majikan dengan sebanyak 145,571 E-Kad dikeluarkan, jumlah yang jauh lebih rendah daripada sasaran asal 600,000 PATI. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd