• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Kedah Tahan 27 PATI Dalam Ops Mega

oleh Ahmad Albab
05/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Imigresen Kedah menahan 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh dan Myanmar dalam serbuan ‘Ops Mega’ di dua lokasi berasingan di sekitar Kuala Nerang, semalam.

Pengarahnya, Zuhair Jamaludin berkata dalam operasi dari pukul 3.15 petang hingga 5.30 petang itu, 22 lelaki Bangladesh dan lima lelaki Myanmar berusia antara 21 hingga 53 tahun telah ditahan.

“Operasi yang disertai 15 pegawai Imigresen dan 40 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) itu menjalankan pemeriksaan ke atas 36 PATI pelbagai warganegara di tapak pembinaan rumah dan kilang memproses kayu di sekitar Kuala Nerang.

“Ketika serbuan, warga asing yang sedang bekerja itu lari ke dalam hutan bagi mengelak daripada ditahan penguat kuasa, namun mereka berjaya diberkas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya kesemua PATI ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Zuhair berkata semua yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen Bangunan Kementerian Dalam Negeri Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserahkan ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd