• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Berdebar Saksi Jun Hoong Di Budapest

oleh AK-47
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – “Jantung saya sentiasa berdebar-debar sepanjang menyaksikan acara itu berlangsung,” demikian kata Leow Lai Kuan, 51, ibu kepada penerjun elit kebangsaan Cheong Jun Hoong yang mencipta sejarah apabila meraih emas dalam Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Budapest, Hungary pada Rabu.

Leow berkata beliau dan suami Cheong Sun Meng, 55, sanggup bersengkang mata demi melihat anak sulung mereka itu melakar kejayaan di persada antarabangsa menerusi siaran langsung di televisyen kira-kira pukul 12.20 tengah malam tadi.

Katanya walaupun yakin anaknya itu akan membawa pulang pingat, namun tidak menyangka sama ada anaknya berupaya membawa balik pingat emas.

“Apabila dia berjaya mengalahkan dua penerjun dari China dan sekali gus memenangi emas, saya memang terkejut dan sangat gembira kerana tahu dia sudah melakukan yang terbaik,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini hari ini.

Leow berkata sebagai ibu, beliau sentiasa memberi sokongan namun tidak pernah meletakkan sebarang sasaran kerana enggan memberi tekanan kepada Jun Hoong.

Cheng Jun Yeng, 24, iaitu adik Jun Hoong berkata kakaknya kekal tenang sepanjang kejohanan dengan tidak melihat papan markah untuk mengetahui mata yang dipungutnya selepas setiap kali terjunan.

“Dia hanya memberikan sepenuh perhatian kepada terjunan dan melakukan yang terbaik. Dia memberitahu kami, dia tidak melihat papan markah sehingga terjunan akhir dilakukan.

“Sebenarnya saya agak kasihan dengan dia kerana saya tahu dia dalam kesakitan akibat kecederaan lama di bahagian belakang. Tetapi saya berbangga kerana perkara itu tidak menjadi penghalang untuknya,” katanya.

Jun Yeng berkata dia tidak bersama ibu dan bapanya menyaksikan pertandingan itu kerana sedang mengulang pelajaran di biliknya sebagai persiapan menduduki peperiksaan bulan depan.

“Kami berharap rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan kepada Jun Hoong kerana kejayaannya bukanlah untuk dirinya semata-mata tetapi juga untuk negara,” katanya.

Jun Hoong, 27, mencipta sejarah apabila menjadi atlet Malaysia pertama meraih pingat emas pada Kejohanan Akuatik Dunia 2017 dengan mengetepikan dua penerjun hebat China termasuk bekas juara Sukan Olimpik 2016, Ren Qian. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd