• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Didakwa Tumbuk Murid, Ibu Buat Laporan Polis

oleh Ahmad Albab
18/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang wanita membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada Jumaat lepas berhubung tindakan seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan di sini, yang didakwa mengasari anaknya.

Wanita tersebut, Nur Syaheerah Sutchira Abdullah, 32, berkata anak lelakinya (Adam Mikhael Mubashir, 9) yang merupakan pelajar tahun tiga telah ditumbuk di bahagian kepala oleh seorang guru mata pelajaran Bahasa Inggeris apabila gagal menjawab soalan yang diberikan pada kira-kira 12 tengah hari Rabu (12 Julai).

Wanita itu yang merupakan suri rumah mendakwa tumbukan itu menyebabkan anaknya terjatuh dan mengenai bahagian bucu meja di belakang sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian kepala dan pinggang.

“Saya telah membawa anak saya menjalani pemeriksaan doktor dan mendapati berlaku gegaran di bahagian otak menyebabkan dia berasa pening dan loya, selain sakit di bahagian pinggang akibat terkena bucu meja,” kata Nur Syaheerah Sutchira ketika ditemui pemberita di perkarangan sekolah itu, hari ini.

Susulan kejadian itu, wanita tersebut turut membuat aduan kepada Pertubuhan Perpaduan dan Usahasama (Padu) bagi mendapatkan keadilan untuk anaknya selepas pihak sekolah didakwa tidak mengambil tindakan terhadap guru terbabit.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: ditumbukGuru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd