• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fuhhh… Suami Siti Saleha Idam 11 Orang Anak!

oleh
30/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHNIAH sekali lagi buat Siti Saleha yang sudah selamat bergelar isteri kepada Ahmad Lutfi Azhar pada Jumaat lepas!

Majlis pernikahan yang berjalan lancar itu membuatkan Siti Saleha menarik nafas lega.

Baca: Siti Saleha Sah Bergelar ‘Puan’ Dengan Sekali Lafaz

Menjadi adat apabila sudah berkahwin, orang akan bertanya soal cahaya mata. Terkejut mendengar jawapan suami kepada pelakon ini apabila ditanya soal tersebut.

Manakan tidak, Lutfi memberitahu dia mengimpikan dan berhasrat untuk mempunyai 11 orang anak! Fuhhh… ramainya… satu pasukan bola sepak tu!

“Saya mahu sebelas orang anak! Satu setiap tahun tetapi sebenarnya soal cahaya mata kami serahkan sepenuhnya kepada rezeki.

“Jika Allah ingin berikan kami anak awal, Alhamdulillah tetapi kami tidak merancang mengenai itu,” katanya dipetik sebuah portal online.

Dalam pada itu, Lutfi, 31, turut berkata walaupun telah berkahwin dia sedikitpun tidak akan menyekat karier isterinya sebagai pelakon.

Selain itu, dia juga tidak meletakkan sebarang syarat berikutan itu adalah kerjaya sebelum mengenali Siti Saleha lagi.

Malahan, Lutfi akan sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang dalam membantu meningkatkan karier wanita tersebut kearah lebih tinggi.

“Dahulu masa mula-mula memang saya sukar sikit menyesuaikan diri malah saya cepat berasa jengkel apabila dia sering dikerumi peminat untuk bergambar.

“Tetapi lama kelamaan saya sudah biasa dan mula memahami kerjayanya dan ramai peminat menyayanginya.

“Sehinggakan sekarang saya pula jadi jurugambar untuk mengambil gambar peminat bersama Saleha… hahaha,” ceritanya dalam nada ketawa.

Pasangan ini merancang untuk berbulan madu pada penghujung bulan depan berikutan masing-masing masih sibuk dengan urusan kerjaya.

Siti Saleha dan suaminya telah selamat d’ijab kabul oleh bapa pelakon itu sendiri, Mohd Baharom Abdul Rahman dan disaksikan oleh Imam Masjid Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Mohd Fadlullah Md Noor pada 28 Julai yang lalu. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Tags: berkahwinSiti Saleha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bah Besar Ancam Selatan Thailand

Pemegang PLKS Tidak Dibenarkan Berkahwin Dengan Rakyat Tempatan

27/12/2023
0

Kuala Lumpur: Pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tidak boleh berkahwin dengan rakyat tempatan seperti yang dinyatakan mengikut Akta Imigresen...

Saina, Kashyap Naik Pelamin

08/10/2018
0

NEW DELHI - Bekas pemain badminton wanita nombor satu dunia dari India, Saina Nehwal akan melangsungkan perkahwinan dengan rakan sepasukannya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd